Hari ini hari kedua saya berada di negara, negeri dan rumah tercinta di samping keluarga tersayang. Seronok rasanya melihat kembali wajah-wajah yang dahulu saya tinggalkan untuk mencari ilmu di negara orang, yang jauhnya beribu-ribu kilometer di sebelah barat.
Sebelum itu, ampun dan maaf dipinta kepada kawan-kawan saya kerana baru hari ini dapat ber'online'. Bukan tidak mahu tetapi keadaan yang tidak membolehkan. Di rumah di Reutlingen internet terputus dengan tiba-tiba menyebabkan sedikit sebanyak menyulitkan pergerakan saya. Tambahan lagi pada waktu tersebut hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Persiapan terpaksa diteruskan, coklat-coklat dibeli sebagai 'souvenirs' dari negara barat ini.
Dalam perjalanan menaiki keretapi dari Reutlingen ke Frankfurt, saya dan Ambak saling bantu-membantu mengangkat barang. Malangnya, ketika pertukaran 'train' di Stuttgart, kami tertinggal kotak kereta mainan Ambak. Ia hanyalah disedari selepas kami menaiki ICE untuk ke Frankfurt. Terkilannya Ambak tidak terkira namun akhirnya dia hanya pasrah dengan keadaan tersebut.
Penerbangan ke Malaysia tidaklah begitu baik disebabkan cuaca yang buruk yang menyebabkan penumpang-penumpang tidak dibenarkan membuka 'seat belt'. Yang paling teruk ialah 'flight' tersebut bergegar beberapa kali lantas membuatkan saya merasa pening kepala. Ingin tidur namun mata seakan tidak mahu melepaskan saya dari berada di awang-awangan.
Tatkala tiba di 'airport' Sultan Ismail Petra, hati melonjak keriangan.
" Akhirnya sampai juga di Kelantan,"luah saya sendirian. Melihat keluarga di pintu ketibaan membuatkan saya terus mengukir senyuman. Membiarkan hati terus di alam kegembiraan, saya mendapatkan ibu dan ahli keluarga yang lain. Dipeluk dan didakap seorang dari seorang, melepaskan kerinduan yang agak lama disimpan.
Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk bertemu kembali keluarga saya dalam keadaan sihat walafiat.
Sekian buat kali ini..
No comments:
Post a Comment