Tuesday, August 11, 2009

Trial UPSR

Adik saya, Wan Nur Afifah Az-Zahraa' sedang menduduki percubaan UPSR buat masa sekarang. Hari ini merupakan hari kedua. Dia begitu bimbang memikirkan keputusan yang akan dia perolehi walhal peperiksaan masih belum pun berlalu. Puas saya memujuk dan menasihatinya supaya jangan memikirkan perkara tersebut. Saya dan Hazim menjadi pengawal peribadinya semasa dia berada di rumah. Kami akan memastikan dia belajar dengan betul dan tidak membuang masa dengan sia-sia terutama pada masa yang genting dan kritikal seperti ini.

Buku-buku latihan telah saya belikan untuknya bagi memastikan dia tidak bermalas-malasan mengatakan tidak tahu apa yang perlu dibaca. Semoga dia dapat menjawabnya dengan baik, tepat dan padat. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails