Pagi tadi kami diuji lagi dengan kerosakan mesin basuh. Pada ketika itu, ummi saya ingin membasuh baju. Pabila dilihat,mesin tersebut tidak berfungsi, motornya tidak bergerak walau sedikit. Tidak cukup dengan itu, sewaktu ummi mahu pergi bekerja dan menghantar adik-adik ke sekolah, enjin pula tidak dapat dihidupkan menyebabkan adik-adik saya tidak dapat ke sekolah. Tanpa melengah-lengahkan masa, 'pomen' dipanggil serta-merta untuk membaiki kereta Kelisa kuning hitam ini.
" Mujurlah Allah menguji kita dengan duit( disebabkan perlu membaiki benda-benda tersebut), dan tidak menguji kita dengan ujian penyakit. Kalau mendapat penyakit, bertambahlah teruknya. Kita terbaring kesakitan, duit juga dihabiskan untuk membeli ubat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita," kata nenek saya kepada kami.
Ya, Sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya jika Dia mengetahui hambanya tidak berdaya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment