Wednesday, August 19, 2009

Tautan kembali!!

Hari Isnin saya pergi berjumpa dengan rakan baik saya bernama Siti Nabilah yang belajar di Mesir. Kami berjumpa di Kota Bharu. Saya menaiki bas awam untuk ke sana. Lamanya menunggu hampir sejam setengah. Terasa ingin sahaja berputus asa, namun di kala itu, kelihatan kenderaan berat berwarna merah semakin menghampiri saya. Lantas tangan dilambai bagi memberhentikan bas awam itu. Mujurlah bas tersebut berhawa dingin dan boleh dikatakan berkeadaan sangat baik memujuk diri yang sedang membara. Kesian Ilah terpaksa menunggu saya akibat terlambat. Kami men'shopping'kan diri dan tidak kurang juga dengan aksi mencuci mata( opps, jangan tersalah anggap ye, mencuci mata dengan melihat kecantikan baju dan tudung yang dijual). Kota Bharu sudah banyak berubah, rasanya kalaulah saya balik tahun depan, pasti akan terkejut dan terkedu melihat perubahan yang ada.

Hari ini pula saya keluar lagi. Kali ini ke KB Mall, berjumpa 'roommates' ketika berada di MRSM Kuala Krai dulu. Bilik yang 'panas', kata salah seorang kawan sekelas saya dulu. Panas kerana bilik saya (penghuni bilik) sering diselitkan dalam gosip-gosip panas. Tiada yang tertinggal. Semuanya terkena. Lucu bila mengenangkan peristiwa lalu. Rasanya baru semalam zaman MRSM saya tinggalkan. Dua daripada tiga kawan sebilik saya bakal bergelar doktor berkelulusan Mesir,insyaAllah. yang seorang lagi pula sedang menjalani sesi praktikalnya sebagai seorang guru. Moga-moga menjadi guru yang bertauliah. InsyaAllah juga.

Perkara pertama yang kami saling berteguran ialah fizikal. Saya macam biasalah tidak berubah walau sedikit pun, masih seperti dulu. Tidak seperti bakal guru yang semakin kurus(pendapat kami bertiga). Yang seorang masih tetap dengan ke'pink'annya. Ayu dan anggun kawan-kawan saya. Dan yang paling menarik, ketiga-tiganya sudah dikira berpunya, biarpun tidak diisytiharkan. hahaha.. Tak sangka.

Saya bertambah gumbira tatkala kawan saya, Shaa dan Kak Ya menyuruh kami memilih barang yang berkenan di hati sebaik sahaja singgah di kedai-kedai. Mereka membelanja saya. Saya pun apalagi terus mendapatkan apa yang memikat. Tapi tak lah sampai mengambil yang mahal-mahal.


ilah yang selalu 'cool'


kak ya 'pinky lady'


shaa dan kak ya

2 comments:

neem said...

msti kbmall neh

Anonymous said...

'cool'
kuikuikui..nnt kite gather lagi neyh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails