Tanggal 9 ogos setiap tahun merupakan ulang tahun kelahiran adik lelaki saya, Wan Abdul Basit Murtadha. Tahun ini genaplah usianya 10 tahun. Niat di hati ingin membeli kek Secret( kek yang selalu diinginkan oleh Nabihah) dan sate bagi menyambutnya tapi segala-galanya akan ditentukan petang ini setelah berbincang dengan ummi dan ayah. Tambahan, hadiah buatnya pun masih belum dibeli.
Adik saya yang kedua pun baru pulang dari Uniten, menghabiskan cuti seminggunya di rumah, memudahkan saya untuk membuat keputusan. Basit merupakan satu-satunya lelaki yang tinggal di rumah ini selepas ayah. Dia selalu bermain bersama teman sepermainannya merangkap sepupunya, Syamil. Disebabkan itu dia seringkali mendapat tempat tercorot dalam kelasnya. Akan tetapi baru-baru ini, keputusannya mengejutkan kami sekeluarga kerana berjaya memperolehi tempat kedua dan keempat. Pencapaian yang menggembirakan hati kami.
No comments:
Post a Comment