Tuesday, August 25, 2009

Permulaan Ramadhan

Seronok sangat berpuasa di awal-awal Ramadhan dengan keluarga terutama dengan adik-adik saya. Banyak sangat gelagat dan telatah mereka yang mencuit hati saya,lebih-lebih lagi adik-adik saya yang dua dari bawah. Nabihah pula sangatlah bertenaga. Masakan tidak, kerana dialah yang menolong saya menumis, memasak dan membuat kerja-kerja dapur. Paling tidak dapat saya lupakan, dia bercakap seorang diri. Gayanya x kalah seperti seorang chef sedang menerangkan apa yang dimasak kepada penontonnya.

Ketika jam menunjukkan hampir pukul 7 malam, adik saya yang seorang itu terus memanggil saya ke dapur. Untuk apa? Semestinya lah untuk menyiap dan menghidangkan hidangan berbuka kami. Dia menolong saya, pantang diberitahu apa yang harus dibuat, sepantas kilat dia terus melakukannya.( exaggeration sket).. hehehe..

Ayah dan adik lelaki saya x ada di rumah, pergi ke tempat pilihanraya, di Permatang Pasir. Jadi tinggallah kami berlima di rumah, semuanya perempuan. Dan sekarang bertambah seorang lagi menggenapkan menjadi enam orang, kerana Najah cuti.

Oh ye..Nabihah ada mengajar saya sesuatu yang baru, tentang permainan 'dress-up'. Pandai dia mencari dalam internet. Tertarik juga saya untuk mencuba permainan tersebut. Macam budak-budak kan, padahal dah berusia 21 tahun (walaupun x genap lagi). hahaha

Sekian..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails