Minggu lalu saya sempat pergi ke kedai buku membeli novel-novel selain mencari buku-buku latihan buat adik saya. Semasa dalam proses pemilihan buku-buku novel, mata terus mencari-cari buku karya Habiburrahman El-Shirazy, iaitu Ketika Cinta bertasbih 2. Suatu kisah yang difilemkan yang kian mendapat sambutan selepas filem Ayat-ayat Cinta berjaya mendapat sambutan. Ketika Cinta Bertasbih 1 telah dibeli suatu masa dahulu oleh adikku. Selepas mengambil buku dari rak novel, mata terus melilau mencari novel-novel lain yang dirasakan menarik. Karya hasil Ramlee Awang Murshid menjadi pilihan di hati. Novel Mikhail diambil dan dibayar bersama dengan KCB2 serta buku-buku lain.
KCB 2 amat sesuai bagi mereka yang ingin mencari kelainan dalam cinta, iaitu cinta dalam Islam. Saya x ingin bercerita lebih lanjut mengenainya kerana anda dapat menyaksikannya sendiri di dalam filem.
'Mikhail', namanya sahaja cukup menggerunkan, bukan? Seperti yang diinginkan dari seorang peminat RAM, karyanya tidak menghampakan. Mikhail mengungkap suatu kisah pembunuhan yang tragis yang pasti membuatkan pembaca teruja untuk membaca helaian demi helaian. Kisah-kisah cinta tidak begitu ditampilkan, namun masih mampu bertahan apabila RAM berjaya membuatkan pembacanya berfikir dan tertanya-tanya siapakah Mikhail sebenarnya, apakah motif utama pembunuhan kejam yang dilakukan serta isi-isi tersirat yang ingin disampaikan. Nak tahu ceritanya? Novel ini mengisahkan tentang Mikhail, seorang pembunuh yang ingin membalas dendam akibat daripada kisah silamnya yang cukup perit. Dia dilatih oleh Dickens, kawan ayahnya, yang menyelamatkannya daripada dibunuh ketika kecil. Pembunuhannya cukup sempurna dan profesional, hanya meninggalkan 1 USD sebgai killer signature. Yang menariknya, mangsanya telah ditentukan oleh uncle Dickens. Bagi peminat novel thriller, karya RAM memang sesuai untuk anda.
No comments:
Post a Comment