Semalam hari lahir kak tikah, 24 Julai. Itu pun diketahui setelah diberitahui oleh kak Rahiza. Saya mengucapkan kata-kata selamat padanya melalui Facebook. Cara yang paling senang walaupun tinggal sebumbung. Hahaha.. Kak Rahiza memberitahu saya bahawa mereka akan mengadakan sambutan buat kak tikah, majlis makan-makan di sebuah restoran yang akan dibelanja separuh harga oleh teman lelaki kak tikah (boyfriend la). Majlis makan-makan itu diadakan pada pukul 9 malam, masa tu belum maghrib lagi.
Saya pergi ke tempat makan-makan itu bersama kak Rahiza sambil ditemani kak Has. Kami makan di Restoren Himalaya, berkonsepkan 'indian' dan 'nepalian' (main hentam je). Setibanya kami di sana, pelayan mengambil pesanan minuman terlebih dahulu dan kemudiannya menghantar kepada kami beberapa minit selepas itu. Setelah itu, diambilnya pula pesanan makanan kami seramai 12 orang ini. Satu persatu pesanan dicatatkan, tidak kurang juga yang menekankan tahap kepedasan yang diinginkan. Almaklumlah, di German, rakyatnya tidak menggemari masakan yang pedas atau bercili.
Sambil menunggu hidangan kami sampai, air dihirup menghilangkan dahaga. Menanti dan menanti. Itulah yang kami lakukan sehinggakan telah setengah gelas air dihabiskan. Mana tidaknya, hampir sejam setengah proses penantian itu.
" Tu, makanan dah sampai,"kata salah seorang dari kami. Malangnya makanan yang dibawanya hanya untuk saya dan kak Has sahaja. Mereka terpaksa menunggu lagi. Dipendekkan cerita, makanan yang paling lambat sampai ialah makanan Syuk.
" Lama sangat menunggu hingga dah x lapar. Padahal tadi punyalah lapar," beritahunya kepada kami.
Sebahagian daripada kami memesan aiskrim sebagai pencuci mulut, jadi kami terpaksa menunggu lagi. Kaum-kaum Adam bahkan terpaksa menunaikan ibadah solat mereka di restoran tersebut dek kerana kelambatan yang teramat sangat. Hampir pukul 12 tengah malam barulah aiskrim selamat dihidangkan. Pengalaman menunggu yang paling teruk pernah dirasai. Patutlah restorannya semalam hanya ada kami.
No comments:
Post a Comment