Kemerdekaan adalah suatu anugerah yang wajib kita syukuri. Namun adakah seharusnya kita meraikan kemerdekaan ini dengan acara 'countdown' dan juga perarakan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Dan dapatkah pemuda-pemudi menjiwai erti sebenar kemerdekaan dengan acara sebegini? Atau ia hanya salah satu cara untuk hanya berseronok dan bergembira? Ya, mungkin ada di kalangan kita yang sememangnya terharu tatkala laungan keramat dilaungkan sebaik sahaja jam berdetik. Namun jumlah teramatlah sedikit berbanding mereka-mereka yang menyambutnya dengan cara konvoi bermotor mengelilingi setiap pelosok jalan sambil berteriak bak orang yang kurang siuman di keheningan pagi dan menghabiskan masa hanya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.( ummi memberitahuku tidak dapat tidur semalam akibat kebisingan yang melampau yang datang dari 'pasukan bermotor' ini)
Tak salahkan kalau kita mengubah cara sambutan tersebut dengan mengadakan solat hajat dan doa kesyukuran, menghidupkan malam dengan qiam. Kita bukan sahaja menghormati bulan Ramadhan bahkan dapat beribadah. Bukankan bulan Ramadhan adalah antara waktu di mana doa akan dimakbulkan.
Seberapa merdeka kah kita sebenarnya? Adakah ia hanya sekadar membebaskan diri dari penjajah hanya dari sudut fizikal? Untuk renungan kita bersama..
*selamat hari lahir buat siti noor sofiah..
No comments:
Post a Comment