Orang selalu bilang " Tak Kenal Maka Tak Cinta".
Tapi perasaan ini aneh sekali, pertemuan itu baru pertama kali, kenalnya jauh sekali, pelik kerana keserasian terus dirasai seolah-olah telah mengenali satu sama lain dalam suatu jangka masa yang panjang. Rasanya seperti sudah berabad lama anda berkenalan dengannya. Memandangnya sahaja membuatkan anda berasa tenang dan lapang, berbicara dengannya mengubat hati yang sebelum ini resah dan gelisah, mendengar bait-bait yang keluar dari mulutnya memecah kesunyian dan ketidakselesaan.
Pernah x anda mengalami peristiwa seperti di atas? Baru berjumpa tetapi sudah wujud bibit-bibit kemesraan yang terpancar. Hebatnya Allah dalam menerbitkan perasaan yang sungguh indah. Lebih indah jika pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah. Niatkanlah setiap pertemuan dan perpisahan yang berlaku untuk mencari redha Allah, seterusnya lahirkanlah perasaan berbaik sangka sesama insan dan paling utama, suburkanlah dan kuatkanlah ikatan itu supaya ia tidak mudah rapuh serta goyah ditelan masa.
"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Al-Hakim).
Selitkan kata-kata nasihat, perangsang dan juga saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak tersasar ke jalan yang salah.
Bertemu x pernah jemu, berpisah x pernah gelisah
Wallahu'alam.

6 comments:
pernah..pernah..tp x yah story lah. kang x memasal teringat balik. hikhik..
nama sue Norsoibah ye? kak tini ade la berangan2 klu dpt anak pompuan nk bubuh name Tsuwaibah. mcm lelebih kurang ngn name sue kan?
ooo.. jadika ia kenangan terindah..hehehe..
a'ah. nama sue Norsoibah.. Owww, comel nama tu. Sebelum ni, sue ada la terfikir kenapa blog kak tini nama tsuwaibah... rupa2nya suka nama tu.
muka kak tini baby face la, comel je tgk.. =)
sbnrnye dulu akak prnh bermimpi bertemu seorang wanita tua namanya Tsuwaibah. Dia ckp dia hidup di zmn rasulullah. Lepas mimpi tu akak lupe nama yg dia sebut ms dlm mimpi. Tp akk ade sebut kt suami, namanya mcm suaibah, suwaibah, soibah...semua nama akak sebut sbb ingat2 lupe. masa dia bgtau nama dia, suaranya bergema. Sekali tu ms ada bc buku ttg Siti Khadijah r.a, terjumpa nama Tsuwaibah iaitu ibu susuan Rasulullah yg pertama. Sblm ni akk mmg x ingt lgsg ttg ibu susuan nabi selain Halimatus saadiah. sejak tu lah akak suka nama tu dan kalau ada rezeki dpt anak perempuan, nak namakan dgn nama tu. Insha'Allah.
Alhamdulillah. Thanks. tp payah sbb org selalu ingt akk budak sekolah. klu jln dgn abg ilhan, ade je pndg semacam. huhu
ooo..mcm tu kisahnya.. actually bila saya tanya mak ngan ayah saya mcm mana dia dapat nama saya, mak saya ada ckp la yg ayah ngan mak ada dengar nama ni dlm ceramah TGAH dulu. Lepas tu nama slah seorg anak perempuan beliau pun diletakkan nama suaibah.
ok ape akak sbb xperlu susah2 nak awet muda.
oic...mungkin juga nama ibu susuan nabi s.a.w tu kan. sbb x de dgr cerita ttg serikandi bernama suaibah. cuma spelling je berbeza kot.
ye kot.. =)
Post a Comment