Wednesday, February 9, 2011

Tax in Germany

Semester lepas saya bersama kawan saya sempat berbual dengan kenalan baru, orang turki yang baru memulakan sesi pengajian di Hochschule Reutlingen. Kami bertemu semasa saya dan rakan sedang berbincang di cafetaria uni. Dia datang menghampiri kami seterusnya memperkenalkan dirinya. Banyak yang kami bualkan antaranya kehidupan di german.

Dia mengeluh sambil menceritakan bahawa German mengenakan cukai yang tinggi. Hampir semua benda dikenakan cukai. Dia juga memberitahu sebelum ini dia pernah bekerja, gaji yang diperolehi hanya boleh  dinikmati sebahagian sahaja kerana sebahagian lagi digunakan untuk membayar cukai. dan insurans Namun begitu, cukai yang dikenakan ke atas mereka yang bujang berbeza dengan mereka yang berkahwin. Bagi mereka yang berkahwin, cukai akan dikurangkan. Bersempena dengan kempen mereka untuk menggalakkan orang muda berkahwin disebabkan zaman sekarang ramai yang lebih suka untuk hidup bersendirian.
Biarpun begitu,
ada juga kebaikan yang tersembunyi di dalam sistem ini, sebagai contoh sesiapa yang mempunyai dua atau lebih adik-beradik, mereka tidak perlu untuk membayar yuran pengajian.

Untuk pengetahuan kalian, di german terdapat beberapa jenis cukai, iaitu

1) Mehrwertsteuer - cukai barangan. Kalau di UK dikenali sebagai Value Added Tax, di US dengan nama Sales Tax. Cukai ini telah dikira dalam harga sesuatu barangan seperti barang makanan dan alatan berbeza dari di US. Setakat ini cukai yang dikenakan ke atas barang-barang dan perkhidmatan ialah sebanyak 19%
Untuk barangan yang terdapat potongan harga, cukainya ialah 7%.

2) Einkommensteuer - income tax.
   Progressive taxation 2010:
   a. Single person income up to EUR 8 004 : tax free
                                           from EUR    8 005 : 14%     
                                           from EUR  52 822 : 42%
                                          from EUR 250 731 : 45%
   a. Married income  up to EUR 16 008 : tax free
                                     from EUR  16 009 : 14%     
                                    from EUR 105 764 : 42%
                                    from EUR 501 462 : 45% 

Berdasarkan nilai di atas lah, mereka yang berkahwin mendapat keistimewaan di mana jumlah gaji mereka akan ditambah dan dibahagi sama rata antara si suami dan isteri.



3) Solidaritaetszuschlag - Solidarity tax (5.5% of the taxes from income). Pada awalnya cukai ini diperkenalkan bagi membantu membina semula Germany Timur selepas dari penyatuan German. Cukai ini digunakan untuk infrastructure, ekonomi, bayaran buat penganggur dan juga kebajikan rakyat di timur german. 

4) Kirchensteuer - church tax (8% of income tax).Bukan bermakna cukai ini ditolak dari income tax tapi cukai keseluruhan yang dibayar ialah income tax plus 8% of income tax.

Yang lain-lain banyak sahaja lagi seperti automobile tax, inheritance tax, trade tax dan corporation tax, malas nak tulis.

Untuk mereka yang ada anak terdapat Family Tax Relief. Per child, family benefit = tax refund in advance (EUR 2 208 to EUR 2 580) or Tax Allowance EUR 7 008.

Ini baru cukai, belum lagi insurans-insurans yang berlambak. Setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Wallahu'alam.




sumber: Bundeszentralamt für Steuern
NRW Invest Germany

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails