Monday, February 14, 2011

Al-Quran terjemahan

Sudah lama saya mencari kelibat gerai yang menjual tafsir al-Quran berbahasa German di Stuttgart, hampir setahun lamanya pencarian saya. Apakan daya, hajat saya x kesampaian kerana setiap kali saya pergi ke sana, saya tidak ditakdirkan untuk bertemu dengan gerai tersebut. 

Awalnya saya tertarik dengan tafsir al-Quran yang terdapat di bilik kawan saya, En. Hanafi Jaafar. Saya membelek tafsir itu helaian demi helaian, lalu terus jatuh cinta dengannya.

Lantaran cinta pandang pertama dengan tafsir itu, saya bertanyakan hanafi tempat dia membeli buku istimewa ini. Dari situlah saya mendapat tahu bahawa gerai di Stuttgart yang menjual buku-buku islamik dan Al-Quran dalam bahasa German. Bukan x mahu membelinya di kedai-kedai buku biasa, tetapi setelah saya melewati kedai-kedai buku yang ada di sini, rata-ratanya tidak memenuhi keinginan saya. Ada yang disebabkan harga yang mahal dan ada juga tafsir yang sekadar tafsir, langsung tiada ayat-ayat al-Quran di dalamnya.

Apa yang menariknya tentang tafsir itu ialah ia bukan sekadar tafsir alih bahasa yang sering kita perolehi di mana-mana. Di dalamnya turut mengandungi penerangan dan huraian yang panjang lebar, menjelaskan isi tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu ayat.

Alhamdulillah, semalam Izi menghadiahkan saya buku tafsir yang selama ini diidam-idamkan. Jazakillah Izi. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan dan jasamu. Saya rasa gembira sangat kerana dapat jua memilikinya setelah sekian lama.

Inilah dia buku tafsir yang saya maksudkan: 




Wallahu'alam.

2 comments:

hanafijaafar said...

eh, ini cover dia mcm lain sket...

izi beli kat mana?

sue said...

a'ah.. memang lain tapi ok la..
izi beli kat gerai stuttgart tu. izi pergi, dia ada je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails