Monday, February 21, 2011

Buaian pemusnah

Kanak-kanak atau golongan muda merupakan perintis sesebuah negara, bahkan mereka merupakan aset terpenting dalam institusi kenegaraan. Malang andai kata generasi pelapis ini tidak dididik dan diasuh dengan baik dalam memantapkan fikiran dan juga emosi mereka.

Dulu sewaktu zaman kanak-kanak, saya juga pernah berangan menjadi seorang puteri dek kerana terpengaruh dengan cerita-cerita yang disiarkan di TV seperti Snow White, Cinderella. Bukan tidak pernah mendengar cerita sahabat-sahabat Rasulullah dan kisah nabi-nabi, tetapi mendengarnya umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sukar untuk menepis pengaruh media yang begitu berleluasa.

Apabila usia makin meningkat, barulah menyedari betapa ruginya masa kanak-kanak yang dilalui dahulu. Alangkah bagusnya jika ia diisi dengan sesuatu yang membina. Namun begitu, masa yang lalu tidak boleh diulang lagi, yang tinggal ialah bagaimana mencorakkan masa hadapan. Kalau yang ada anak, didiklah mereka dengan tarbiyah yang betul. Kalau yang ada adik, persiapkan adik-adikmu supaya menjadi pejuang yang digeruni, yang takut akan Allah. Kalau yang ada murid-murid, ajarkanlah mereka mengenal orang-orang yang hebat. Bantulah mereka mengenal hakikat realiti dan bukannya duduk di alam fantasi. Bantulah mereka menjadi insan-insan yang mampu berdiri untuk menjadi khalifah.

Jangan biarkan mereka terus menerus hanyut dalam kehidupan penuh berhedonisma. Bimbinglah mereka supaya pemikiran mereka lebih global dari sudut ilmiah dan rohaniah.

Teringat siaran berita yang disediakan untuk kanak-kanak di German yang saya serta rakan-rakan lain selalu tonton masa kami mula belajar bahasa German dulu. Rancangan yang saya rasakan sangat bagus dan mendidik kanak-kanak supaya mengenali dunia luar. 

2 comments:

hanafijaafar said...

tak tau kenapa, dulu masa kat intec byk kali jugak la tgk Logo. sampai je jermeni, harapkan rumah je ada tv, tapi tak pernah nampak pun Logo.

hehe, bru tau skrg Logo kat zdf rupenye...

sue said...

hahaha.. cane bleh bru tahu yg logo tu zdf.. xpe, skrg dah tahu bleh start balik tabiat lama. =P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails