Saturday, February 19, 2011

Jamuan

Alhamdulillah, semalam terlaksana juga majlis makan bersempena majlis graduasi pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajian dan kedatangan pelajar-pelajar baru peringkat Reutlingen. Setelah dilantik sebagai Datuk Bandar di awal tahun ini, majlis ini merupakan majlis pertama yang diselia oleh saya. Alhamdulillah sekali lagi kerana kesemua mereka memberikan komitmen yang baik. 

Majlis makan-makan semalam bertemakan 1Malaysia oleh sebab Reutlingen sekarang sudah terbuka kepada semua kaum. Yang sebenarnya 3 orang pelajar junior yang datang kesemuanya Chinese dan sememangnya kami sudah ada kaum India. Berkonsepkan 1Malaysia, saya bersama mereka berganding bahu menyediakan juadah istimewa antaranya ialah nasi hujan panas, rendang, kari ayam, puri, pau, popia dan tak ketinggalan roti jala. Sudah menjadi tradisi kami untuk membahagikan tugas-tugas tersebut biar semuanya bekerja.

Semuanya berjalan lancar walaupun acaranya terlewat dari jam yang sepatutnya. Maaflah xde gambar makanan sebab memang x bercadang untuk mengambil gambar. Nampak gayanya Reutlingen akan ketandusan perempuan lagi kerana tiada junior perempuan yang akan belajar di HS Reutlingen. Sedih. Lagi menyedihkan apabila kakak-kakak serumah saya akan pulang ke Malaysia tak lama sahaja lagi. Nanti tinggallah saya dan Bib di sini.

2 comments:

Nini Hartini said...

pandainya buat kuih muih.

sue blk sini bila pula?

sue said...

xde pandai mana pun kak tini.. sekadar yg bleh wat..

insyaAllah kalau xde aral melintang, tahun ni dalam buln 8 balik bercuti di msia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails