Sunday, February 13, 2011

Rumah baru

Semalam saya pergi ke Roding, tempat praktikal saya bulan depan, bersama Bib.Tujuannya untuk bertemu tuan rumah kepada rumah yang bakal saya sewa nanti. Perjalanan ke sana bukan sejam dua tetapi memakan masa selama lebih 5 jam. Seawal 7.40 pagi kami bergerak menaiki keretapi. Ini bagi membolehkan kami sampai ke sana sebelum pukul 2 petang.

Alhamdulillah, tepat jam 1.40 kami dibawa oleh orang tengah yang juga merupakan penyewa terdahulu bakal rumah saya itu menjemput kami dari stesen keretapi dengan keretanya. Apabila dia memunculkan diri keluar dari kereta, kami rasa semacam

sebab tengok muka bukan orang german. Dia memperkenalkan diri, Herr Sinaga. Kemudiannya bertanya kami berasal dari mana. Rupanya dia orang Indonesia, negara serumpun.

Yang peliknya, dia cakap fully german. Biasa orang indonesia yang kami kenal terus cakap bahasa indonesia. Saya ikut sahaja rentaknya. Xkan tiba-tiba saya nak cakap melayu. Sampai di bakal rumah saya, WOW WOW WOW!!! Saya terpegun dengan rumah yang sebenarnya (boleh dipanggil bilik yang tersedia di dalamnya dapur dan bilik mandi). Keluasannya agak besar dan saya amat berpuas hati walaupun sewanya mahal walaupun tempatnya itu boleh dikatakan di kampung.

Tepat jam 2, tuan rumah datang dan kami berkenalan. Dia memberitahu apa yang patut dan menyerahkan borang sewa rumah kepada saya untuk ditandatangan. Segalanya selesai dalam masa setengah jam. Tarikh untuk saya pindah telah ditetapkan pada 25 Februari ini kerana pada hari itu sahaja Herr Sinaga dapat memindahkan barang-barang kepunyaannya.

Kami telah terlepas untuk menaiki keretapi yang dijadualkan bertolak dari Roding jam 2.32 ptg. Jadi, dia menawarkan kami untuk menumpang keretanya hingga ke Schwandorf, tempat di mana stesen terakhir keretapi dari Roding berhenti. Setelah berfikir-fikir, kami setuju sebabnya takkan nak tunggu kat stesen keretapi di Roding yang tak ada apa-apa selama sejam dan yang kedua takkan nak tunggu di rumah dia selama sejam. 

Dalam perjalanan ke Schwandorf, otak saya ligat berfikir, apa nak cakap dengan dia. Dia baik je cuma takkan saya nak berdiam diri sahaja sepanjang menumpang keretanya itu. Nasib baiklah idea datang mencurah-curah tapi bila dah dekat dengan Schwandorf, saya terdiam sebab OK, saya dah x tahu nak cakap apa. 

Daripada apa yang saya bualkan dengan dia, dia ialah seorang software engineer di tempat yang bakal saya praktikal. Dia selalu pergi ke tempat-tempat lain atas urusan berjumpa klien - Dienstreise. Dia sudah berada di German selama sembilan tahun, lebih separuh dari masanya dihabiskan dengan belajar di sini untuk mendapatkan ijazah. Dia bekerja sambil belajar, itu yang menyebabkan tempoh masanya lama. Patutlah german bukan main fasih. Banyak lagi yang diborakkan, x larat nak tulis di sini.

Setakat ini dahulu. Wallahu'alam.

1 comment:

faizal said...

gud luck la for practical

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails