Tuesday, February 8, 2011

Dating bersama si dia

Hari Sabtu, 5 Februari merupakan hari yang cukup bermakna buat saya setelah begitu lama tidak bersua dengan si dia. Kami mengatur perjumpaan pada hari cuti itu dan tempat dating kami ialah di Stuttgart.

Melihatnya buat kesekian kali mengubat kerinduan yang telah lama disimpan dan dipendam. Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau masih memberikan peluang kepada kami untuk mengeratkan kembali ikatan yang suatu ketika sepi. Setiba di sana, kami pergi ke tempat yang saya ingin tunjukkan padanya, satu tempat yang saya sendiri baru menyedari kewujudannya. Beberapa minit kami mencari-cari kelibat cafe itu, kami menjumpainya. Cafe apa? sila rujuk gambar.



 



ni yang saya makan



my dating partner makan ni


Cupcake nya boleh tahan namun masih tidak dapat menandingi kesedapan cupcake yang terdapat di Malaysia.

Selepas minum pagi di cafe tersebut, kami meneruskan misi berjalan-jalan sambil mata melilau ke kedai-kedai yang dirasakan menarik untuk dijejaki. Kami juga menjumpai kedai yang menjual kebab daging rusa. Ter'over' excited dengan tiba-tiba sebab dating kami hari itu menjelajah ke tempat-tempat yang kami belum pernah kami kunjungi dan begitu banyak yang kami bualkan maklumlah dah lama x jumpa. Opps, x banyak gosip tau.. Kebanyakannya pasal diri sendiri.

Terima kasih cik Izzah Zuhaini kerana menjadi teman dating saya dan juga untuk perfume itu.

2 comments:

Amir said...

ala, cupcake tu bunga jer lebih. cupcake hasil kerja keras amir yang pernah sekali tipu yang dia pandai buat cupcake lagi sedap. kot. moralnya disini, kadang-kadang kalau kita tipu orang lain, ia boleh menjadi motivasi untuk belajar benda baru.

sue said...

hahaha.. memang la.. tapi ok la sbb malas buat sndri.. Tapi cupcake dia memang mahal la, harga nak sama ngan harga kebab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails