Alang-alang ada tetamu datang, saya terus bersemangat nak masak. Al-maklumlah hari-hari biasa hanya dapat memasak benda-benda yang mudah dan cepat sahaja akibat kesibukan yang menimpa. Jadi, kali ini saya masak sesuatu yang istimewa untuk orang yang istimewa. Saya mencuba resepi ini dari Hanieliza buat kali pertama. Saya memang suka masak sesuatu yang x pernah saya buat lagi. Untuk kawan saya yang chic ni, saya masak Nasi Bukhari Ayam bersama Dalca. Untuk pemanis mulut pula, saya sediakan Kuih Bakar.
Malang sedikit kerana kuih bakar yang dibuat amat tidak memuaskan hati saya. Awal-awal tu, rasa macam x jadi. Tapi alhamdulillah nasib baik boleh dimakan. Sepatutnya kuih bakar menggunakan oven yang ada api atas dan bawah tapi disebabkan oven di rumah hanya ada api atas, saya redha sahajalah.
Selain itu, kami (saya, sophie dan bib) pergi berjalan-jalan di sekitar Volkspark, mengambil udara pagi yang sejuk dan berangin.
Walaupun kedatangan sophie hanya selama sehari lebih tapi sudah cukup menceriakan hari saya di hujung minggu.
Wallahu'alam.
2 comments:
rasa macam dah 2 bulan tak jumpa sopi.
ish3.. padahal duk sama tempat.. tapi boleh dimaafkan sbb jauh jgk rumah korg..
Post a Comment