Rindu pada blog ni, rasa macam dah lama x update perkembangan terbaru. Diam x diam rupa-rupanya dah berada di semester 4. Dan itu bermakna semester depan, saya akan membuat praktikal di syarikat. Akhirnya, dapat juga merasa praktikal. Bukan apa, 'jealous' melihat kawan-kawan di Malaysia membuat 'internship' mereka.
Sekarang saya dalam proses memohon kerja sebagai trainee di syarikat-syarikat yang sesuai dengan bidang saya iaitu Mechatronic. Cara memohon ialah melalui telefon, email atau dengan mengisi borang secara online. Tapi setakat ini saya hanya memohon melalui dua cara sahaja iaitu melalui email dan borang online.
Perkara-perkara yang perlu ada untuk memohon, macam biasa:
1. Cover Letter
2. Resume
3. Sijil-sijil yang berkenaan
4. Proficiency Certificates
5. Internship's guideline
6. Certificate of Registration (optional)
Alhamdulillah setakat ini saya terima satu tawaran ke temuduga di syarikat Vector setelah 4 permohonan telah ditolak. Temuduga itu telah berlangsung semalam. Dengan perasaan yang berdebar-debar dan gementar, saya meneruskan langkah menuju ke syarikat tersebut yang mengambil masa selama sejam lebih dengan menaiki keretapi.
Di sana, saya disambut oleh seorang pekerja dari Human Resources yang juga salah seorang penemuduga. Temuduga itu berjalan selama sejam dan selama itulah saya diasak dengan soalan yang bertubi-tubi. Kebanyakan soalan berkaitan apa yang saya pelajari di FH. Saya cuba menjawab setiap soalan biarpun penggunaan bahasa German ketika itu sangatlah tunggang-langgang. Untuk makluman, temuduga itu dijalankan dalam bahasa German sepenuhnya. Tiada diselitkan sedikit pun bahasa Inggeris.. Sedih :(
Salah seorang penemuduga itu (kesemuanya tiga orang) juga ada memberikan saya satu soalan untuk diselesaikan dan jawapannya harus ditulis di papan putih aka whiteboard. Dah la soalan yang dia tanya tu soalan Programming C yang saya belajar sewaktu semester pertama. Jadi saya xlah ingat sangat. Apa pun, tunggu sahajalah keputusannya.
![]() |
| Inilah kedudukan saya sewaktu ditemuduga. |
Teringin juga nak tahu pengalaman pembaca-pembaca yang budiman semasa proses permohonan, temuduga dan juga praktikal. Itupun kalau kalian sudi bercerita. :)
p/s: sedang menunggu panggilan temuduga dari syarikat Bosch..


9 comments:
sue. sha pun praktikal jugak sem depan. sah2 la sha g sek. hehe
convent jalan peel, here i come! :D
wahhh.. sha pun wat praktikal gak rupanya.. x kisah la sek ke syarikat ke as long as praktikal..
GOOD LUCK CG SHAFAWATI!!!
sue sayang..
gee start practical kat HUSM kubang kerian blan 3 thun depan..huhuhu..sangat berdebar..biaser practical kat clinic UIA jer..
b4 tpilih nk g HUSM tu..mmg mcm2 dugaaan..huaaa3..teringat plop maso MOCK INTERVIEW kat maktab muloo..kui33..
tapi..gee ado 2 sessi..
sessi clinical skill and sessi soal jawab..
hok clinical skill tulaaa meme naling xleh nok oyak..hahaa.ader 2jam jer nak completekan seorang pesakit.kalut ribut molek laaa.dohlaa pesakit hrtu banyok tanyooo..tapi xguna bahasa GERMAN..ngeh3
alhamdulillah lulus dgn cmerlang..huhuhu..
Gudluck utk sue deh..smoga permohonan diterima dgn jayanyaa..
sha : molek deh ngaja tuu..jgn bekeng3..heheee..nti nok ata anok2 kat sekoloh sha..
salam..sue..
sy juga rindu nak baca update blog anda...heheh..
time praktikal ni lah yg nak dapat banyak ilmu pun..pesan sy, kalu intership tu pastikan cari compny yg betul2 ok,means dia akn train u sbg real engineer..
jangan sedih2 xdpt intership kat malaysia, intership kat negara orng stu pengalaman..hehehe
wsalam
sue... sya pon gi interview last week kat kilang buaat chips. cuak gak. dah la b4 interview ada test kena jawab. calculator tak bawa, pen pon tak bawa. ingtkan intervw je. hehe. suma pinjam kat org HR. alhamdulillah dpt jwb suma. then bhgian industrial engin pnya manager intrvw sya. so, next april start internship. cuak!!
sue, good luck!!!! u can do it!
gee: salam sayang cik model.. macam mana business? mantap???
alhamdulillah, semoga gee berjaya menghabiskan praktikal dengan baik dan mendapat sebanyak mungkin ilmu yang berguna.
faizal: sekarang masa sibuk masih x berganjak, jadi keinginan untuk memasukkan entri baru agak terbatas.
bukan sedih sebab x dapat praktikal di malaysia tapi sedih kenapa la susah sangat nak dapat tempat praktikal kat sini.
Bahiah: wah, asalkan dapat x kisah la pinjam brg org pun.. buat praktikal baik2 tau.
sue : sha debar sgat2 nak ngajar. tkut budak2 xpaham gapo sha nak ngajar. adey. goodluck to you too! :D
gee : wahhhh. gee pun nak praktikal jugak. selamat berpraktikal gee. mak sha kejo kt USM klinik ortopedik. klu sha g kt mak sha, buleh tgk gee kejo. hehe.
p/s : kemungkinan besar sha akan jadik cikgu bekeng. hehe
sue : Bisness mantap skang sue..hik3..sue still model pokok lgi??ke tkar profession dah?ngeh3..gOodLuck taw sue..nti update kay
sha :jge duk naling nok ngaja tu..mesti bulesss punyoo..jge bekeng2 sudoh..hik3..lamo pakat jerit abis bdok2..ngeh3..skoloh ren ko men sha?klu sek men gak..keno ngorat ko student..hik3..
ooo..mok sha ado kt clinic ortho ek..nti mai laa jeling2 gee..ngeh3..
shaa: debar sket2 sudoh la shaa.. nanti kenaling bdk2 tgk cg dia debar.. huhu..
gee: aik, gee gak buke gee ko model pokok, sue model tangga.. de bisnes laku lajok sapa tukar department g bhagie model lain.. :P
Post a Comment