Selamat Hari Lahir yang ke-22 buat diri sendiri. Dah tua rupanya. Ingatkan hari ni ada seminar Projekt Management lagi, jadi x sempat nak siapkan apa-apa pun. Tambahan lagi semalam seminar habis lewat petang.
Peringatan buat diri sendiri sempena sambutan hari kelahiran:

Walaupun tiada sambutan yang dibuat, saya teringin sangat nak makan kek keju oreo. Jadi pagi-pagi lagi sudah memulakan operasi membuat kek.. Ini cubaan kali pertama. Dan inilah hasilnya.
Alhamdulillah dapat juga makan kek keju walaupun rasanya xlah seperti di Secret Recipe. Bagi sesiapa yang ingin mencuba, saya sertakan bersama resepinya, diambil dari Blog kak Ummi .
Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan/ dalam 500gm) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus - saya patah-patahkan shj
Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas.(base tak perlu dibakar)
Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.SELAMAT MENCUBA!!!
6 comments:
sueee. please bake for me when you come back to malaysia. wajibbb! hehe
mengidam terus ni. hehe
and happy birthday again! :)))
boleh2.. tapi shaa kene sponsor bahan2 la.. terutama cream cheese sbb kat mesia mahal sket.. hahaha..
xde la gurau jah.. nanti kalu kita wat reunion lagi, sue watkan.. order je.
niceeee!!! sue, sour cream tu gane??
nice!! nnt ilah nk raso jgopp. sue, sour cream tu gano??
ilah pun buleh jgk..jgn bimbe. sour cream tu kaler putih, lebih kurg mcm cream cheese jgk cuma peratus lemak dia berbeza.. meme skalo dia tulis sour creme.
InsyaAllah akan sue doakan yang terbaik buat saa. Kan itu juga tugas seorang muslim kepada muslim yang lain, mendoakan kesejahteraan.
Post a Comment