Saturday, November 13, 2010

Ia lebih dari itu

Berada di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam bukannya mudah. Pernyataan ini sudah acapkali kita dengar dan baca tak kiralah di media masa mahupun media elektronik. Bagi mereka yang sememangnya merasai pengalaman berada di negara bukan Islam, ia lebih dari sekadar pernyataan, ia membawa maksud tersirat dan tersurat.



Memakai tudung atau 'Kopftuch' bukanlah perkara yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya jika kalian berada di negara seperti yang digambarkan di atas. Memakai tudung bukan sekadar pakaian yang dipakai suka-suka, atau sekadar mengikut trend semasa. TIDAK, ia lebih dari itu. Melalui pemakaian tudung, si pemakai sebenarnya telah mengkhabarkan kepada orang ramai yang dia beragama islam. Bagi mereka yang bergelar lelaki, mereka bertuah kerana orang tidak dapat mengecam agama mereka selagi mana mereka tidak memberitahunya. Tiada tanda atau barangan tertentu yang dapat menentukan agama seseorang lelaki Muslim.

Berlainan bagi perempuan, dengan hanya memakai tudung, dia telah meletakkan dirinya di posisi di mana dia akan dikenali sebagai Muslim. Pernah terjadi kepada saya suatu peristiwa yang saya anggapnya sebagai pengajaran dan juga pembakar semangat dalam menegakkan syiar islam.


Peristiwa itu berlaku semasa saya bersama teman sekumpulan, Dragan namanya, sedang menyiapkan tugasan Microcontroller. Tiba-tiba dia bertanyakan saya, adakah saya memakan babi atau tidak, apabila seorang lagi kawan saya, Petros datang menghampiri kami. Saya yang sewaktu itu tengah 'blur' dengan tugasan yang diberikan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap soalan yang ditanya. 

" Wie bitte, " dengan harapan dia akan mengulang soalan itu. Belum sempat Dragan mengulangi soalannya, Petros bertanyakan padanya mengapakah dia menanyakan soalan sebegitu kepada saya. Tanpa segan silu, Dragan menjawab, sebab saya tahu dia islam, mesti dia xkan makan babi. Tengoklah dia bertudung. 
Ketika mendengar jawapan yang diberikan saya cukup terkesima.  Sebenarnya Dragan ingin memerli Petros kerana Petros merupakan orang Turki (saya rasa dia islam) tapi dia memakan apa sahaja yang ada di Mensa/ Cafetaria.



Ini membuatkan saya terfikir, sungguh besar pengertian tudung buat mereka yang berada di negara asing. Subhanallah. Saya kagum dengan masyarakat Barat yang beragama islam yang memakai tudung. Betapa besarnya keimanan dan ketakwaan mereka. Mereka sanggup untuk menjadi asing di kalangan mereka sendiri demi mentaati perintah Allah swt. Tapi bila kita perhatikan suasana di Malaysia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Berbeza sekali, tudung dipakai bukan kerana Allah, bukan kerana Islam, tapi untuk fesyen, kerana ibu bapa yang suruh, atau pelbagai alasan lagi. Ada yang bertudung tetapi tidak solat. Ada yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada yang bertudung tapi masih terlibat dengan pergaulan bebas, Itu hanya sebahagian kecil. Sedih mengenangkan perkara ini. Tudung yang dipakai langsung tidak membuahkan rasa kehambaan.

Nilai tudung dicemari dengan begitu senang. Mudah dan rapuhnya nilai tudung pada mereka padahal tudung sangat berperanan untuk berdakwah pada orang lain. Dengan bertudung sebenarnya kita telah menjadi agen bagi Islam, menjadi pendakwah Islam. Sedarlah wahai sahabat-sahabatku di luar sana. Marilah kita bersama-sama menjadi pendakwah Islam yang terbaik, menjadi cermin untuk Islam, bertudung luar dan dalam.

Sebelum menutup entri kali ini, saya ingin kongsikan bersama kalian sebuah kisah yang dapat dijadikan peringatan untuk kita semua.

Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga
tudung muslimat.” “Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang pendengar di hadapannya.

Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.

Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.

Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


cerita diambil dari terkinibersama.blogspot.com
 



4 comments:

Unknown said...

betul tu sue. dimana kita berada kita tetap membawa identiti dan maruah islam. jgnlah kita sewenang2 mencemarinya. nice entry sue!

Anonymous said...

era global skrg mmg sudah byk memesong minda remaja skrg..lbh2 lg kt negara kt sendri..syabas sue, smoga entry ni menyedarkan kita semua dan putra putri negara kita sndri...

Shafawati Ghazali said...

meaningful entry. thanks untuk peringatan semua. :)

InsyaAllah kita cuba menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. :)

faizal said...

salam sue
what u said is true. muslim in malaysia seem not appreicate the opportunity to practice islam, kadang2 pakai tudung pun sekadar nak melepaskan batuk ditangga je..
but in western, muslim there fight to gett the freedom to practicsing their religious belief..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails