Semalam saya pergi ke tempat kawan saya untuk berbincang mengenai Lab yang akan dibuat hari ini. Semasa menunggu bas di tempat perhentian bas, saya didatangi oleh tiga beranak, seorang ibu bersama dua orang anaknya. Kesemua mereka 'free hair'. Si ibu bertanyakan saya, adakah beg di sebelah itu kepunyaan saya. Saya memberitahunya bahawa ia kepunyaan orang lain. Sedang asyik melayari internet melalui telefon bimbit, tiba-tiba saya terdengar ungkapan ini -
" LABBAIK ALLAH HUMMA LABBAIK, LABBAIKALA SYARIKALA KALABBAIK, INNAL HAMDA WAN NIKMATA LAKAWALMULK LA SYARIKALAH"
Hati terus jadi sebak dan sedih. Rasa seperti disentap dengan kuat. Saya menoleh ingin mencari empunya suara yang mengucapkan bait perkataan itu, rupa-rupanya si ibu yang melafazkannya. Subhanallah, si ibu rupanya seorang muslim. Muka dan raut wajahnya tiada iras orang Turki tapi tidak juga seperti orang German, tambahan lagi rambutnya juga diwarnakan. Anak-anaknya juga sama cuma rambut anaknya hitam. Mungkin mereka kacukan. Tapi x kisahlah, biarlah mereka. Bukan itu yang ingin saya tonjolkan di sini.
Mendengar perkataan itu, saya terasa sangat kerdil dan hina. Betapa diri ini alpa dan lalai dengan kesibukan duniawi sehingga lupa untuk mengalunkan zikir-zikir indah secara berterusan.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peringatan kepada hambamu di kala hambamu ini tersasar dari mengingatimu. Terima kasih juga kerana menyedarkan hambamu dengan menghadirkan orang-orang di sekeliling yang mampu membuatkannya tersedar dari lamunan dan buaian yang panjang.
Selamat Hari Raya Haji
buat semua yang beragama Islam di mana sahaja anda berada. Di german, kami menyambutnya pada keesokan hari iaitu Selasa, mengikut kalendar Turki. Sedih sangat sebab hanya sambutnya di bilik seorang diri. Takbir hanya didengari daripada laptop. Rindu nak balik Kelantan, sambutnya bersama keluarga tercinta. Tahun ni merupakan tahun kedua saya menyambutnya di perantauan.
Kullu sanah wa antum bikhoir.
Selingan: selepas itu, kami saling berpandangan dan tersenyum.
No comments:
Post a Comment