Hari Isnin saya ada Lab Control Systems, saya dan kawan dikawal rapat oleh seorang pensyarah baru yang mengajar subjek itu bermula semester ini. Ini semua gara-gara lab pertama saya yang teruk beberapa minggu lepas. Pembantu makmal itu telah melaporkan perkara ini kepada Prof itu (saya konfem mesti dia cerita teruk habis). Kali ini kami memang penuh bersedia, memang dah teliti satu demi satu helaian kertas yang bercetak. Tiba hari Isnin, kami menunjukkan hasil kerja kami aka Vorbereitung yang harus dibuat sebelum lab bermula. Prof itu mengatakan ada satu bahagian yang patut kami ubah sebab takut satu komponen tu panas. Kami pun menurutlah setiap perintah yang dikeluarkan dari mulutnya. Macam-macam kami ubah tapi nak tahu apa jadi. Task itu hanya berjaya setelah kami kembali semula kepada apa yang telah kami lakarkan awal-awal. Baru berhasil, memang membuang masa, lagi-lagi bila kami nak cuba untuk siap dengan cepat. Tapi redha sahaja lah. Apa nak dibuat...
Hari Selasa pula, hari raya.
Hari Rabu merupakan hari terbuka untuk pelajar-pelajar sekolah datang ke University of Applied Science Reutlingen. Selepas berbincang dengan Dragan mengenai Mikrocontroller (walaupun hari itu xde lab, deutsche memang suka berbincang lama-lama di FH) dan melangkah kaki ke Mensa aka Cafetaria, saya ditegur oleh dua orang perempuan. Mereka adalah budak sekolah yang datang ke situ. Mereka ialah Esma dan Bilara. Dia bertanyakan saya mengenai pembelajaran saya dalam Mechatronic. Soalan biasa, senang x? , apa yang dipelajari? , best x belajar di german?. Itulah sebahagian dari soalan yang ditanya. Sebelum mengakhiri perbualan kami, dia bertanyakan saya sama ada saya ada FB atau x. Dia ingin berbual lebih lanjut dalam FB.
Hari Khamis: Saya ada perbincangan dengan Teammate saya yang seorang ini di Mensa. Apabila tiba di Mensa, saya semacam tertarik melihat ramai pelajar membimbit Paper Bag. Ada yang pegang sampai dua tiga. Memang mengujakan untuk mengetahui lebih lanjut. Saya pun apalagi bergegas la menuju ke Mensa tingkat atas. Rupanya itu pemberian percuma dan boleh mengambilnya ikut suka. Tidak ada batasan. Alang-alang ada benda percuma ni, saya pun terus mencapai dua beg. Ada orang ambil sekotak yang berisi Paper Bag itu. Terkejut saya. Apa yang ada di dalamnya? sila tengok gambar ye.
Hari Jumaat: Hari ini saya ada Lab Sensor. Tugas kami ialah menggunakan peralatan yang ada di makmal untuk menimbang berat dan 'Force'. Antaranya kena timbang berat salah seorang kawan. Saya disuruh oleh pensyarah yang bertugas untuk duduk di atas kerusi yang dibuat ala-ala buaian gitu. Dengan terpaksa, saya duduk bergayut di situ. Teringat zaman kanak-kanak la pula masa duduk atas 'buaian' itu. Kemudiannya pengiraan berat dibuat, pensyarah itu semacam x percaya dengan hasil kiraan berat saya lantas menyuruh saya berdiri di atas penimbang berat biasa untuk membuktikan kesahihan kiraan itu. Lucu rasanya. Yang paling best, ialah semasa kami ingin mendapatkan tandatangannya untuk menunjukkan kami sudah siap.Sempat lagi pensyarah kami itu berseloroh kepada saya.
" Du musst mehr essen!!" alih bahasa, awak mesti makan banyak.
Dia berkata lagi, selepas habis semua task yang ada, yang maknanya dalam masa tiga minggu lagi, dia nak suruh saya
2 comments:
salam..
bagusla, at least ada gak masjid kat jerman ye..walaupun xde pompuan yg g sembanyang time ari raya
selamat ari raya korban...may Allah bless u always...
wslm wrt.
masjid kat sini bukan masjid macam kat mesia. masjid kat sini bangunan biasa sahaja yg dijadikan tempat solat. Tu pun bukan satu bangunan masjid.
Post a Comment