Terima kasih Ya Allah kerana memberikan saya peluang merasai semuanya.
"Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situ letaknya bahagia."
DR HM Tuah Iskandar Al-Haj
DR HM Tuah Iskandar Al-Haj
Tahun 2009 juga merupakan tahun saya mulai menceburi dunia blog, dunia penulisan alam maya. InsyaAllah saya akan terus meneruskan penulisan ini selagi saya masih dikurniakan idea dan pengalaman hidup untuk dikongsi bersama kalian.
Ahlan Wasahlan 2010!!!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Saya percaya kalian tentu sudah menetapkan azam masing-masing. Alhamdulillah setelah berfikir untuk beberapa ketika, saya berjaya juga menetapkan azam saya. Bukan apa, bagi saya azam itu mestilah sesuatu yang saya boleh lakukannya tetapi masih x berdaya menjayakannya. Azam pada tahun baru ini lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Esa. Doakan saya semoga saya berjaya melakukannya dan InsyaAllah saya turut mendoakan agar kalian mencapai apa yang diazamkan.
Dalam kita bergembira menyambut kedatangan tahun baru masihi ini, janganlah dilupa saudara-saudara kita di bumi Gaza yang masih berjuang menuntut hak mereka. Doakanlah juga agar mereka terus dapat bertahan menghadapi ancaman dari puak zionis.


Dalam kita bergembira menyambut kedatangan tahun baru masihi ini, janganlah dilupa saudara-saudara kita di bumi Gaza yang masih berjuang menuntut hak mereka. Doakanlah juga agar mereka terus dapat bertahan menghadapi ancaman dari puak zionis.




2 comments:
salam...
moga2 terus succes disana
saya disin sentiasa mendoakna kejayaan anda..
moag2 cekal iman di rantau orng
wslm.. doakan saya agar terus istiqamah dalam menjalankan suruhannya ye.. hehehe.. bimbang kalau-kalau tersasar.
Post a Comment