
Ya Allah, kau permudahkanlah setiap urusan yang adikku akan atau sedang hadapi. Bimbangnya membiarkan adik saya yang seorang ini ke asrama.
Dia tidak seperti adik saya yang ketiga, membuatkan saya sukar melepaskannya pergi ke asrama. Hati ini gusar memikirkan bolehkah dia menyesuaikan diri dengan kehidupan berasrama. Mujurlah kawan rapatnya, Fathonah turut mendapat tawaran di tempat yang sama mengurangkan sedikit rasa gelisah.
"Bolehkah dia membasuh baju sendiri, membahagikan masa sebaiknya, membuat segalanya sendirian? " begitu banyak persoalan berlegar-legar di minda.
Risaunya hati seorang kakak membiarkan dia pergi ke sana. Mesti ummi saya lagi risau memikirkan adik saya ini. Teringat kata-kata ummi kepada saya," Menjaga adik-adik ni umpama latihan menjaga anak-anak sendiri nanti." Mungkin ummi benar, adik-adik saya masih lagi kecil, sebagai seorang kakak yang sulung memang besar tanggungjawabnya, memastikan adik-adik membesar dengan asas-asas yang teguh, memberikan contoh teladan yang terbaik selain ummi dan ayah yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh mereka.
Kasihan pula pada ummi dan ayah, kalau dulu semasa saya belajar di Kuala Krai dan adik di Pulai Chondong, mereka dapat melawat kami berdua pada hari yang sama sebab melalui jalan yang sama, tapi kali ini seorang di Bachok, seorang lagi di Tanah Merah.
Semoga kak chik dapat menyesuaikan diri dan dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin baik ilmu agama mahupun ilmu duniawi.
Kasihan pula pada ummi dan ayah, kalau dulu semasa saya belajar di Kuala Krai dan adik di Pulai Chondong, mereka dapat melawat kami berdua pada hari yang sama sebab melalui jalan yang sama, tapi kali ini seorang di Bachok, seorang lagi di Tanah Merah.
Semoga kak chik dapat menyesuaikan diri dan dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin baik ilmu agama mahupun ilmu duniawi.
Semoga Berjaya Adikku!!
p/s: Buat adikku yang ketiga yang akan menduduki PMR, belajar betul-betul dan bersungguh. Jangan asyik dengan benda lain.

8 comments:
salam su. happy new year. smoga tahun bru ini lbh bermakna buat kita. sme2 truskn perjuangan. jaga diri. doakn sy jugak :) miss u..
wslm evi... InsyaAllah, saya akan mendoakan yg terbaik buat awk. sama-samalah kite.
samalah saya pon sue. rsau adik yg last ni msuk asrama. dia tak nak msuk asrama. tak tau lah mcm mana. harap dia dpt survive.
to bahiah: kita doakan je la agar mereka dapat menyesuaikan diri dan berjya di dunia n akhirat
Menjaga adik-adik ni umpama latihan menjaga anak-anak sendiri nanti."
hahaha..betul2
saya dulu pun masa remaja jaga adik gak, tapi laki2, jadi selau je diorng kena ngan saya..hehehe
"hahaha..betul2
saya dulu pun masa remaja jaga adik gak, tapi laki2, jadi selau je diorng kena ngan saya..hehehe"
oww ye ke.. so, skrg adik2 dah besar ke?
ye..memang dah besar pun..
yg kecik sekali pun dah umo 11 tahun
to faizal: wah.. mesti best sume dah besar kan.. tapi kat rumah tu mesti sunyi..
Post a Comment