Pertemuan itu hanya berlaku sesama perempuan di kalangan batch kami dan diadakan insyAllah setiap semester. Dan alhamdulillah seramai 6 orang termasuk saya menghadirkan diri ke rumah Izi. Buat pengetahuan kalian, batch kami hanya mempunyai sepuluh orang perempuan, enam daripadanya melayu.
Mulanya keinginan untuk pergi ke sana tidaklah menggunung tinggi disebabkan proses pembelajaran untuk menghadapi peperiksaan masih belum mencapai tahap 30%. Ditambah pula dengan berita kemungkinan akan ada kawan senior serumah saya ingin menumpang bermalam, dan yang hanya ada di rumah ketika ini hanyalah saya. Namun setelah berfikir beberapa kali dan dibuat perhitungan, hati bagai mendesak untuk pergi.
"Bukan senang mereka nak datang,"desis hati kecil saya menjadi salah satu penyebab saya pergi.
Malam sebelumnya saya merajinkan diri membuat pau untuk dibawa ke sana, sebagai penambah hidangan yang dibuat oleh tuan rumah. Esoknya saya mendapat berita bahawa kawan senior saya itu telah membatalkan hasrat untuk bermalam di rumah saya kerana khabarnya mereka telah mengubah rancangan awal mereka.
Setibanya di Albstadt, saya dan Saw (seorang kawan yang menaiki keretapi yang sama dengan saya) disambut dengan salji yang sedang turun dengan lebatnya, dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, mendinginkan lagi kami yang sudah kesejukan. Kaki terus melangkah menuju ke rumah Izi biarpun salji hampir sahaja menenggelamkan kasut yang dipakai sepanjang perjalanan dan jari-jemari mahu sahaja membeku walau telah dilengkapkan dengan sarung tangan.
Masuk sahaja ke rumah izi, kami sangat bergembira, berpeluk-pelukan kerana dapat berjumpa kembali. Riuh-rendah jadinya rumah itu menerima kedatangan tetamu dari pelbagai daerah di Baden. Aktiviti pertama yang kami lakukan sudah semestinya acara makan-makan. Tuan rumah teramatlah rajin menyediakan begitu banyak hidangan yang sungguh sedap iaitu mee kari, rendang ayam, puding jagung dan juga kek keju. Sambil menikmati hidangan, masing-masing berkongsi cerita yang ada. Terima kasih wahai sahabat saya yang bernama Izzah Zuhaini kerana sudi menyambut kami dengan masakannya.
Kemudian, kami meneruskan lagi acara dengan menonton 'movie' bertajuk Planet 51. Kalau sebelumnya kita hanya menonton cerita berkaitan makhluk asing memasuki alam manusia, cerita ini sedikit berbeza kerana ia berlaku sebaliknya. Menarik kerana kartun-kartunnya sungguh comel dan mencuit hati. Sesudah satu jam setengah menghabiskan masa mengadap laptop kepunyaan Izi, tibalah ke acara kemuncak, acara yang ditunggu oleh hampir kesemua dari kami, iaitu pertukaran hadiah. Kami diminta mencabut satu kertas yang tertulis nama dan memberikan hadiah kepada orang yang namanya diperoleh.
Ingin rasanya memanjangkan lagi masa yang ada tapi disebabkan saya dan kawan-kawan lain terpaksa pulang pada petangnya, aktiviti tersebut tamat dengan berakhirnya upacara pertukaran hadiah. Dalam perjalanan pulang, kami sempat bermain-main dengan salji, saling melempar serta bergambar bersama salji yang menutupi permukaan bumi yang ada.
perjalanan menuju ke stesen keretapi
Tuan rumah yang selalu comel
saudari Aqilah Amira yang selalu ceria
saudari Sofia aka sopi yang selalu 'cool'
saudari Liyana yang lawa dengan rambut barunya
Saw, teman yang belajar dalam kos yang sama tapi berlainan tempat
Patricia yang kata-katanya cukup tajam..maaf pat..hehehe
waktu makan-makan
snowman yang sedang baring (x dapat mengepal salji tersebut untuk buat snow berdiri)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

3 comments:
heeee~~i likeeee!!i likeeeee!!! ilikee!!!tp sue kita ade 7 org la..hehe=P
sama² sue! hehe. thank you sbb sudi datang!
sue ckp 6 org g rumah izi la.. kiranya izi x termasuk la sbb dia kan tuan rumah..overall 7 org la..
Post a Comment