Wednesday, December 2, 2009

Tenangkah jiwa?

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatkannya muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadah kerana beribadah itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Hati sering memainkan peranan penting dalam kehidupan, adakalanya kita merasa sedih, gembira, marah, benci. Boleh dikatakan hampir setiap individu yang bergelar insan pasti merasainya. Perasaan-perasaan ini kadang-kala bercampur baur dalam gelodak hati. Pernahkah walau sekali kita berfikir yang kita x menyukai apa yang sekarang sedang berlaku dalam hati kita? Kenapa Ya Allah, kau biarkan hambamu merasainya? Mahukah kita membiarkan ia berterusan begitu,atau inginkah kita mencari jalan untuk meredakannya?


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

[Mereka berdoa]: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau biarkan hati kami tergelincir setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kaumiakanlab kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah pemberi karunia yang dermawan."

Mungkin kalian pernah mendengar atau membacanya dalam bait-bait doa biar Allah menetapkan hati kita. Untuk merasa resah gelisah itu adalah perkara biasa, tapi ke arah manakah ingin dibiarkan hati tersebut dipandu? Itulah salah satu sebab kita digalakkan berdoa menggunakan ayat ini agar Allah memandunya ke jalan yang lurus.

Selain itu, antara rahsia jiwa yang tenang ialah:

1. Menghidupkan malam
Barangsiapa bangun di kala semua orang sedang tidur dan menunaikan solat. Sesungguhnya bagi mereka terdapat 4 penawar iaitu:
i)Dapat merapatkan diri kepada Allah lebih-lebih lagi semasa kita diuji, kita berusaha untuk bangun malam, nescaya ketika itu jiwa terasa sangat dekat dengan Allah)
ii) Mencegah diri dari melakukan perbuatan maksiat.
iii) Menghapus dosa-dosa yang ada.
iv)Menghapus penyakit yang terdapat dalam tubuh badan.
Berzikir atau yang lagi utama ialah solat tahajud.Tahukah kalian dengan melakukan solat tahajjud, kita akan dianugerahkan 4nikmat di dunia dan 4 di akhirat. Di dunia, dia akan diselamatkan dari segala bencana, berkat ke atas wajahnya, disukai oleh hamba Allah,bila bercakap, kata-katanya penuh dengan hikmah dan akhirnya dijadikan orang berilmu. Di akhirat pula, dia dipimpin keluar dari kubur dengan wajah berseri-seri, diringankan hisabnya, mudah meniti titian siratul mustaqim, menerima buku amalan di tangan kanan.

2.Istighfar dan bertaubat. Andai kita sedar kita telah melakukan dosa, bersegeralah bertaubat. Usah diungkapkan " Layakkah aku memohon keampunan padamu Ya Allah?", tapi teruslah meminta kemaafan dari Tuhanmu.

3.Basahilah lidahmu dengan Zikrullah. Siramkanlah rohanimu dengan berzikir kepada Allah terutama ucapan 'Lailaha ilallah' kerana syurga adalah anugerah terindah buatnya.

Rasulullah saw telah bersabda;"Barangsiapa yang berzikir dengan kalimah Lailaha ilallah itu adalah bentengku, barangsiapa yang masuk ke dalam bentengku, ia terselamat daripada azab Allah."

4. Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik. Dibimbingi sekiranya kalian bergaul dengan mereka yang rosak akhlaknya, kejahatannya akan berjangkit pada kalian sepertimana berjangkitnya penyakit kepada orang yang sihat.

"Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dengan seorang pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya. Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupai di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang murah." -Saidina Ali bin Abi Thalib.

5. Bersihkan jiwa dari sifat yang tercela. Di dalam dunia ini,terdapat dua penyakit, penyakit jasmani dan penyakit rohani. Penyakit jasmani umpamanya batuk, selsema, sakit-sakit badan dan boleh diubati dengan pergi mendapatkan rawatan atau pengambilan ubat.
Manakala penyakit rohani pula ialah seperti kufur nikmat, sombong, takabbur, riak dan hasad dengki.

6. Sentiasa muhasabah diri. Berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan disebabkan tindakan yang melulu, kita kesal x berkesudahan. Tidak perlu membuatnya di penghujung hari, tapi mulailah dari awal, contohnya sewaktu ingin berbincang dengan rakan sekerja,sebelum membuat sesuatu kerja. Kalau selama ini ada membuat kesalahan, mintalah maaf kepada yang sepatutnya.

7. Muraqabah,iaitu merasakan Allah sentiasa bersama kita, berada di samping kita. Pabila kita merasakan Allah berada di sisi, insyaAllah kita akan selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang elok, jauh sekali perbuatan yang mungkar.

8. Mujahadah. Apabila kita membuat sesuatu amalan terutama yang menyentuh tentang ketaatan kepada Allah, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Jika dilihat pada contoh teladan terbaik sekalipun, iaitu Rasulullah saw, baginda sanggup melakukan ibadah (solat) sehingga bengkak kaki walhal baginda seorang yang maksum dan dijamin masuk syurga. Inikan pula kita,yang hanya seorang manusia yang sering melakukan kesilapan. Bermujahadahkah kita selama ini?

9.Bersegera melakukan amal soleh. Tatkala terlintas di fikiran kalian untuk melakukan amalan yang baik, jangan cuba bertangguh. Hindarilah perkataan ' nantilah, tunggulah' .Ingatkah kalian pada 5 perkara sebelum 5 perkara?
"Masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk,masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati."
MasyaAllah kata-kata ini banyak pengertiannya. Kesemua perkara yang disebut ini menyuruh kita supaya tidak berlengah dalam kata lain, gunalah masa pada saat ini, waktu ini, ketika ini, dengan melakukan perkara yang baik. Jangan biarkan ia berlalu dan menyebabkan kita menangis kerugian di penghujungnya.
(sumber: Siti Norbahyah Mahmood)


Sekian buat kali ini. Semoga kita sama-sama menggapai ketenangan jiwa.



1 comment:

Anonymous said...

no 1 tu ssh skali..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails