
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hari ini merupakan hari terakhir sebelum cuti krismas dan cuti awal tahun bermula. Cuti yang ditunggu-tunggu oleh hampir kesemua warga di sini dan juga penuntut-penuntut kerana ia merupakan satu-satunya cuti panjang yang diberikan dalam tempoh pengajian musim sejuk.
Saya menggagahkan diri ke kelas Informatik II( C++), walaupun ramai kawan saya sudah mula bercuti. Pergi dengan keinginan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Hanya tinggal satu soalan sahaja lagi yang masih belum selesai. Minggu lepas saya telah membuatnya dan bila diperiksa memang tiada kesalahan, tapi tiada apa yang keluar di skrin. Ditanya pada pembantu makmal(mitarbeiter), dia juga tak tahu di mana silapnya. Ditanya pula pada pensyarah,hasilnya tetap sama. Mereka berasa pelik dengan situasi itu. Hari ini juga pensyarah ada kejutan buat kami. Tertanya-tanya sendirian apakah kejutan itu.
Setiba di kelas, soalan itu cuba dibuat lagi, diteliti bagi mengenal pasti di mana kesalahannya. Namun saya hampa. Ditambah lagi dengan ketidakhadiran pensyarah ke kelas praktikal itu menyebabkan saya berputus asa untuk membuatnya lagi.
"Ok, dah. Biarkan je la 2 markah itu hilang,"bisik hati.
" Heute endet die Klasse um 11. Danach gibt's ein International Management Vortrag und wer in diesem Vortrag kommt bekommt zwei Pünkte," beritahu pembantu makmal kepada kami.
Maksud ayat di atas: Hari ini kelas tamat pada pukul 11. Selepas itu, ada 'presentation' berkaitan International Management. Dan sesiapa yang hadir ke sana, akan mendapat dua markah untuk praktikalnya.
Alahai, itu rupanya kejutan yang ingin diberikan. Kecewa dengan berita itu. Saya mestilah x pergi walaupun dapat dua markah percuma. Kawan sekelas lain juga sependapat. Tak sanggup untuk mendengar seseorang bercakap di depan pasal sesuatu yang x difahami.
Sekarang saya perlu mengemas dan menyiapkan keperluan untuk pergi bercuti selama 5 hari ke London. X sabar rasanya ingin menjejakkan kaki ke sana, ingin menenangkan fikiran dan mungkin juga mencari kembali apa yang sudah hilang. Moga digerakkan hati untuk menilai,memahami dan mengambil pengajaran dari percutian ini.
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.”
(Surah al-Hajj, ayat 46)
No comments:
Post a Comment