Tuesday, December 29, 2009

London

Pada 24 hingga 29 desember baru-baru ini, saya berkesempatan untuk pergi bercuti ke London bersama rakan-rakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

24 desember 2009
Bertolak dari rumah seawal jam 11 pagi dan sampai di lapangan terbang friedrichhafen melewati jam tiga petang. Tiba di london, saya dan rakan-rakan menaiki tren menuju ke tempat penginapan. Oleh sebab hanya saya yang menginap di Malaysian Hall yang terletak di Bayswater, saya terpaksa bergegas ke sana, dibimbangi waktu check-in nya terlepas. Saya yang ditemani dua orang rakan sampai di Malaysian Hall 10 minit sebelum kantinnya mahu ditutup. Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana sempat makan malam (kelaparan akibat tidak makan tengahari). Di Malaysian Hall, saya mempunyai dua orang kenalan baru, Kak Fariha dari Leeds dan Kak Dayah dari Kanada. Keduanya pelajar perubatan yang bakal menamatkan pengajian mereka tak lama lagi.




25 desember 2009
Hari ini perkhidmatan keretapi dan bas dibekukan sempena perayaan krismas menghalang kami dari berjalan ke tempat-tempat yang diingini.Kami sekadar meninjau dan melihat pemandangan di tempat-tempat yang berhampiran dengan Malaysian Hall. Antara tempat yang dikunjungi seperti Kensington Park, Hyde Park, Royal Albert Hall, Wellington Arch, dan juga Buckingham Palace.



Hyde Park




Wellington Arch


Royal Albert Hall


Victorian Arch


Buckingham Palace


Malamnya bergambar dengan pondok telefon...



26 desember 2009
Boxing Day. Kami bergerak ke Oxford Street, tempat yang digilai orang ramai untuk berbelanja. Kedai pertama yang dimasuki ialah Topshop, terasa tidak dapat bernafas tatkala melihat kebanjiran manusia di situ, juga menyebabkan nafsu berbelanja saya turun mendadak. Pakaian-pakaian boleh dikatakan bersepah di merata tempat, ada yang jatuh ke lantai, ada yang tersangkut di penjuru, ada rak yang kosong. Semuanya ada. Dari satu kedai ke kedai yang lain, saya memang hampa dan kecewa tapi pada masa yang sama gembira sebab x payah mengeluarkan duit. Setelah puas menjajah ke kedai-kedai yang ada di situ, saya hanya membeli dua helai cardigans, itupun sebab memikirkan takkan x nak beli apa-apa.

Kemudian, kami disyorkan untuk ke Picadilly Circus. Dari seorang rakan, kami diberitahu di situ terdapat sebuah kedai sukan yang menjual dengan harga yang murah dan berpatutan. Setibanya di sana, saya mulai rambang mata melihat pelbagai jenis kasut sukan yang sangat murah. Bingung x tahu nak pilih yang mana dan akhirnya saya berjaya membeli sepasang Sketchers putih berjalur pink. Dan untuk abang saya, sehelai jersi MU.

Pada malamnya, saya dan rakan-rakan ditemani Sofia dan Aqilah menuju ke Tower Bridge, London Bridge, London Eye dan Big Ben. Akibat terlalu banyak berjalan, kaki sudah terasa sakit, urat di bahagian tapak kaki mula rasa tegang.

(Long, ni jersi MU hok long nak)


Tower Bridge

London Bridge

Big Ben

London Eye

27 Desember 2009
Kali ini kami pergi ke stadium Chelsea dan mengikuti 'tour' yang disediakan. Disebabkan kami memiliki London Pass, kami dapat masuk secara percuma. Petangnya(tapi hari dah gelap) kami menaiki cruise merentas River Thames, menyaksikan keindahan pemandangan di waktu malam. Subhanallah, sangat cantik. Hari ini diakhiri dengan bermain 'ice skating'. Pertama kali main 'ice skating', best tapi awal-awal lagi sudah jatuh. Sakitnya badan. Kaki pula bertambah-tambah sakitnya. Kawan-kawan saya cakap kasut tu keras sedikit berbanding yang biasa mereka pakai. Saya masih lagi 'bertatih' memijak ais dan memerlukan tunjuk ajar dari mereka-mereka yang sudah 'master' bermainnya.














28 desember 2009
Hari terakhir sebelum kami pulang ke tanah air kedua, kami melawat stadium Arsenal, tapi kami x mengikuti 'tour'. Masa tidak mengizinkan, tambahan pula stadiumnya lagi besar jika dibandingkan dengan stadium Chelsea, jadi masa yang diambil juga agak lama.

Hari ini sedikit istimewa kerana kami makan tengahari di sebuah cafe melayu diberi nama Cafe Bonda yang menyediakan pelbagai juadah malaysia dan harganya lebih kurang sama dengan kantin Malaysian Hall (waktu-waktu biasa sebenarnya kantin Malaysian Hall paling murah, mungkin pada waktu itu, waktu perayaan, jadi harganya mahal sedikit). Kurang rasa rindu pada Malaysia apabila dapat menikmati nasi goreng ikan masin yang sungguh menyelerakan. Alhamdulillah. Seterusnya, kami bergegas menuju ke HMS Belfast, muzium kapal perang yang terletak di pertengahan antara Tower Bridge dan London Bridge.

Bagi melengkapkan percutian kami di sini, kami menghabiskan masa-masa yang ada dengan membeli buah tangan seperti 'keychains' dan baju. Rasanya waktu ini, saya yang paling banyak membeli. Biasalah keluarga besar, buah tangan pun mesti kena beli banyak. Untuk adik-adik saya yang kecil, saya belikan mereka baju. Selebihnya dibelikan 'keychain'.







HMS Belfast


Kami bermalam di Lapangan Terbang Stanted oleh sebab penerbangan pulang kami pagi esoknya. Saya hanya dapat tidur sekejap-sekejap sahaja gara-gara kesejukan biarpun telah dialas dengan 'sleeping bag'.

Sepanjang percutian di sini, saya bertemu dengan ramai orang Malaysia, kebanyakannya bercuti dan ada juga yang melawat keluarga yang belajar di sini. Disebabkan ramai sangat orang Malaysia juga, hampir semua dari mereka tidak senyum atau bertegur sapa pabila bertemu. Saya merasakan mereka sungguh kaya dan bertuah. Mana taknya, nak berbelanja/shopping pun di London. Siap bawa seluruh ahli keluarga. Kadang-kadang cemburu melihat mereka dapat bercuti di luar negara bersama keluarga. (Maklumlah keluarga saya tergolong dalam keluarga yang sederhana dan ahli-ahlinya pun ramai. Kalau nak pergi berjalan, banyak juga duit dihabiskan) Sabar Wan Norsoibah! Kumpul duit banyak-banyak, nanti bawa semua ahli keluarga bercuti sepuasnya. Kalau x di luar negara pun, di dalam negara, di tempat yang belum dikunjungi, tau!!

Buat renungan bersama:

“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.”
(Surah Ali Imran, ayat 112)

5 comments:

grounded said...

bestnye dapat menjelajah..mana gambar change of guards kat buckingham palace? nanti pos souvenier saya k...hehehe..

sue said...

time kitorg pegi tu, dia x change of guards lg..esoknya bru ada.. tapi sbb esoknya g shopping, kitorg x g la tgk.. owh, nak souvenirs gak ke?

fareast said...

alhamdulillah, seronok tengok orang bercuti.

faizal said...

salam
wah bestnya dapat g london.saya dulu selalu berharap agar dapat belaja kat sana..moga2 satu hari nanti saya berpeluang

'Maklumlah keluarga saya tergolong dalam keluarga yang sederhana dan ahli-ahlinya pun ramai. Kalau nak pergi berjalan, banyak juga duit dihabiskan'

paling tidak kamu ada keluarga bahagia.banyak lgi orng yg tidak dapat nkmat itu..examaple, saya la

apa2 hal pun gud luck untuk kamu....

p/s:next time kalu nak beli baju manutd, leh la saya pesan eh..saya memang peminat setia manu..hehehe

sue said...

fareast: tq. sy pn sama..mmg suka tgk org bercuti..
faizal:inshaAllah. moga impian awk akn tercapai satu hari nanti. n terima kasih ats nasihat tu. gud luck utk awk jg.. owh, ramai rupanya peminat manu. nampaknya nak kena g manchester la plak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails