Saturday, October 31, 2009

Zoo Wilhelma

Kali ini ada kelainan sedikit. Minggu ini saya mengikuti satu program yang dianjurkan oleh FH Albstadt ke Zoo Wilhelma yang bertempat di Stuttgart. Mujurlah izzah menanyakan saya samada saya ingin mengikutnya atau tidak beberapa hari sebelum itu.

Subhanallah!
Masyaallah!
Sungguh indah ciptaan Allah. Permulaannya kami memasuki rumah kaca yang menempatkan spesies-spesies tumbuhan termasuk orkid. Kagum dan terpesona saya melihat tumbuhan-tumbuhan tersebut. Kemudian, kami mengunjungi tempat-tempat fauna seperti beruang, orang utan, burung, dan banyak lagi. Tidak lupa juga singa laut dan penguin. Menariknya saya tidak sedikit pun merasa bosan. Malah berasa sungguh bertuah kerana berada di situ. Paling tidak dilupakan melihat singa laut dan penguin. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.









No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails