Semalam saya bertekad untuk bangun seawal mungkin, menyiapkan sarapan pagi sebelum ke kelas dan mengambil bas yang awal dari sebelumnya. Alhamdulillah dapat juga saya bangun awal dan memasak tuna (menjadikannya seperti sardin bersos tomato) untuk dimakan sebagai pengalas perut sebelum memulakan tugasan hari ini. Seawal jam 6.40 pagi saya keluar dari rumah bagi membolehkan saya mengambil bas yang lebih awal dari biasa seperti yang diinginkan dalam 'post' yang terdahulu. Alhamdulillah sekali lagi sebab saya berjaya menaiki bas ke FH pada pukul 7.00 dan sampai pada pukul 7.11 pagi. Tepukan buat diri saya sendiri. Syabas Wan Norsoibah(jangan marah ye pembaca sekalian. hehehe..). 'Versuch'(eksperimen) hari ini juga berjalan dengan lancar tanpa rasa kepenatan atau keletihan berfikir malah terdapat selingan dipuji kerana menyiapkan laporan eksperimen dengan baik.
Disebabkan tidak merasa kepenatan, saya menguatkan semangat untuk ke kelas Digitaltechnik pada petangnya, biarpun terpaksa berkelam-kabut kerana ingin menunaikan solat fardhu Zuhur sebelum kelas petang tersebut bermula. Yang kurang 'best' ialah tak sempat makan tengahari pun. Jadi, kelaparan lah jawabnya. Bertahan hanya dengan meminum air kosong dan memakan coklat Snickers. Gembiranya sebab saya berjaya lagi. Berjaya berada di dalam kelas tersebut sehingga kelas tersebut tamat pada pukul 4.14 petang(paling lambat pernah berada di FH).
Sebaik sahaja selesai, saya menuju ke tempat solat yang disediakan untuk pelajar FH yang Muslim untuk sembahyang fardu Asar, bimbang kalau nak solat di rumah tak sempat. Saya sempat mengambil beberapa foto FH (x cantik sangat pun gambar yang diambil) buat tatapan kalian, waktu itu orangnya x ramai sebab hampir kesemuanya sudah tiada kelas.
Yang masih dalam proses pembaikpulih ialah tahap kerajinan dalam menelaah pelajaran. InsyaAllah akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Blok Mechatronik + Perpustakaan
Renungan buat kali ini:
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.”
(Bukhari)
| |
|
|
No comments:
Post a Comment