Hidup ini hanya boleh dirancang oleh manusia namun tiada siapa dapat melawan ketetapan dan ketentuan yang telah tersurat. Bukan perkara yang luar biasa kalau lain yang diinginkan, lain pula yang terjadi.
Keluar sahaja dari asrama, tempat saya berteduh, angin sejuk mulai menyerang tubuh saya. Mujur dipakai jaket jeans, hilang sedikit rasa sejuk. Suasana masih gelap, sepertinya waktu subuh jika di Malaysia..
Kelas yang dijadualkan sepatutnya bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 2.30 ptg. Namun nak dipendekkan cerita, akibat tidak memeriksa email FH, saya telah merugikan masa pagi saya. Tapi sekurang-kurangnya saya telah dapat membeli semester tiket untuk Wintersem ni. Untuk semester ini, satu subjek Digitaltechnik telah dianjakkan ke semester hadapan akibat ketiadaan pensyarah yang mengajarnya. Dan disebabkan itu, pihak pentadbiran memberi inisiatif lain iaitu dengan mengambil subjek dari semester depan dibawa ke semester ini, Messtechnik. Tadi kelas yang dihadiri hanyalah Informatik II, berkenaan program C++.. Tidak ramai pelajar sekursus yang hadir, hanya sebahagian sahaja yang merajinkan diri menghadiri kelas tersebut.
Renungan dari DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj:
Buat semua benda dengan suka, semua benda jadi mudah; buat semua benda dengan menyampah, semua benda jadi susah.
No comments:
Post a Comment