Monday, October 19, 2009

Dingin tapi suam

Pagi tadi salji mulai turun renyai-renyai. Sebelum itu, saya melihat ke luar tingkap bilik dan mendapati pemandangan begitu kabur dek kerana keputihan yang melampau. Jadi, tidak hairan lah jika salji turun.

Hari ini hanya dipenuhi dengan kuliah Grundlagen Elektrotechnik II (basic of electrical) disebabkan keuzuran pensyarah Mathe yang tidak lagi sembuh semenjak minggu lepas. Harapnya dia cepat-cepat sembuh. Rindu rasanya nak belajar Mathe. :) Slot kedua E.Technik diisi dengan memberi jawapan kepada latihan yang diberikan pada hari isnin yang lalu. Saya bukannya x nak buat latihan itu,tapi saya x reti dan x tahu macam mana nak buat. Dan nampaknya bukan saya seorang sahaja yang bersikap sedemikian, hampir semua 'coursemate' saya macam tu melainkan pelajar-pelajar yang mengulang (wiederholung).

Malang buat kami kerana dimarahi beliau. Bukanlah sebetulnya dimarahi tetapi kata-katanya itu cukup menusuk hati kami. X sukanya hati bila terpaksa mendengar Schlienz (pensyarah tersebut) itu mem'bebel'. Rasa macam dah x nak pergi kelas latihan tu, satu sebab x berapa faham pun apa yang dicakapkan, dua sebab dia memang selalu marah-marah. Patut lah kawan-kawan saya yang lain x datang sangat, mungkin mereka sudah x larat mendengarnya.

Kita lihat sahaja nanti apa yang berlaku seterusnya dan seterusnya..

Berkata Abu wail r.a katanya:”Abdullah (bin Umar) mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata:”Hai Abu Abdul Rahman! Saya mengharap supaya kamu dapat mengajar kami setiap hari.” Jawab Abdullah:”Saya khuatir jikalau kamu semua menjadi bosan. Saya memilih waktu yang baik sebagaimana juga nabi memilih waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan.”
(al-Bukhari)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails