Friday, October 23, 2009

Penat

Tolong!!! Saya dah kepenatan. Setiap minggu dirasakan begitu memenatkan, walaupun sebenarnya banyak juga masa dihabiskan dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. He:).. Mungkin juga kerana semester ini lebih mencabar ditambah lagi dengan ada eksperimen-eksperimen yang memerlukan sepenuh tumpuan dan tenaga.

Pagi tadi saya ingin pergi ke FH lebih awal berbanding biasa, oleh kerana sudah dua kali kelewatan memasuki 'Lab' fizik. Tepat jam 6.40 pagi, kaki terus melangkah keluar dari bangunan asrama menuju ke tempat perhentian bas. Hati berasa girang apabila membayangkan hari ini saya tidak akan lewat lagi. Tunggu dan tunggu, tapi bas bernombor 8 tidak juga muncul. Saya terus merasakan bas tersebut mengalami kelewatan ataupun bas pukul 6.50 tiada. Betul firasat saya, saya terpaksa menaiki bas pukul 7.00 jua. Sesampai di 'Stadtmitte'(tempat bas berkumpul), saya sekali lagi cuba mengejar bas ke FH namun sekali lagi hampa. Bas tersebut berlalu di saat saya hampir mendekatkan diri dengan pintu bas tersebut. Nak tak nak kena tunggu bas yang pukul 7.18 dan sampai di FH pada pukul 7.31. Sebaik sahaja keluar dari bas, apalagi saya pun terus memulakan pecutan ke kelas. Kenalah berlari sebab kelas bermula pukul 7.30.. Penat sangat.. 'Teammate' saya sampai lagi lambat rupanya dek kerana terbangun lambat sangat.( Bangun pukul 7.25) Harapnya kejadian berlari-lari ini xkan terus berulang.

Diri ini ingin mengotakan apa yang telah dikatakan pada semester yang lalu,iaitu belajar dari awal. Malangnya rasa malas masih menghantui diri. InsyaAllah saya akan mengotakannya dalam masa terdekat. Akan saya cuba menguatkan diri untuk belajar dan memberi 120% fokus bagi setiap subjek yang dipelajari, dan tak lupa cuba tidak memanjakan diri dengan perkataan 'penat' dan letih.

Renung-renungkan:
Jadilah bagaikan burung merasakan rezekinya di hujung sayap, jangan jadi seperti bayi yang merasakan rezekinya di hujung suap.

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

2 comments:

amir said...

hey.. haha, aku pun penat nak mati kat sini. tidur tak cukup langsung. kelas dari 8 sampai 5.30 atau 4 petang. hari2... kecuali hari jumaat... haha. lepastu ada Laborvorbereitung, laborbericht, schein, vortrag, hausaufgaben, probenklausur. pergh... memang penat. sesamalah kita menempuhi kepenatan yg memerangkap kemerdekaan kita. haha. nak buat benda2 tak guna pun dah tak berapa sempat sekarang kan?

liebe freund, sei mal stark. ich weiss, dass du der mut und die staerke hast. es koennte ganz ganz grau aussehen. aber ja. so lange dass wir machen was wir wollen. mehr kann ich nicht wuenschen. oder? ;)

take care

Anonymous said...

cik sue, mmg penat..penat sungguh. new sem ni igt kn relex2 sket tp lg hebat cabaran..adu laa....
best nye la balik mesia, duk umah goyang kaki, rehat bnyk2..huhuu

biaselah hidup as student, do our best!! cayoook2 everybody!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails