Minggu lepas merupakan minggu paling sibuk buat saya. Terlalu banyak perkara yang perlu dibuat, antaranya membeli syiling untuk membasuh baju, eksperimen fizik, jamuan raya ( hanya membantu menyiapkan hidangan), dan macam - macam lagi. Penatnya x terkata, tapi bila dikenangkan jamuan raya yang dihadiri, satu di Reutlingen (tempat sendiri) dan satu lagi di Weingarten, senyuman dan kegembiraan mengatasi segala-galanya. Merasa juga memakan makanan Malaysia yang pelbagai, seperti soto, laksa penang, roti jala, nasi impit dan banyak lagi. X larat menulis satu persatu.
Minggu lepas, eksperimen fizik pertama yang dibuat selama berada di sini. Rasa takut, berdebar, semuanya ada. Maklumlah khuatir jika apa yang diperoleh tidak seperti yang diinginkan dan berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, biarpun saya bersama kawan menjadi antara 'group' yang paling lambat siap. Hahaha..
Gambar yang sempat diambil:
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".
No comments:
Post a Comment