Wednesday, July 22, 2009

Albstadt

Hari ini saya meneruskan lagi sesi berjalan-jalan. Kali ini destinasinya ialah Albstadt, melawat izi tersayang. Sebelum menaiki tren yang dijadualkan pada pkul 14:49, saya singgah sebentar di 'Asia Laden' untuk membeli tempahan khas dari cik Izzah Zuhaini, iaitu tempe. Kemudian bergegas ke kedai yang bersebelahan, membeli halbe Hänchen ( buat izi) dan Döner Kebap buat saya sendiri sebagai santapan di waktu tengahari.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat menunggu tren, saya membiarkan diri menatap buku-buku yang terdapat di kedai di Bahnhof (stesen keretapi). Mata terus memfokus pada sebuah buku yang luarannya tampak menarik di samping tajuknya yang begitu bersahaja. Buku ' Vinni macht Ferien' terus dicapai dan dibawa ke kaunter. Selesai membeli, saya mencari lokasi yang sesuai untuk menunggu sambil hati meronta-ronta ingin membaca permulaan cerita yang terdapat dalam buku itu. Walaupun ianya seperti buku untuk kanak-kanak, namun saya merasa sangat gembira kerana sekurang-kurangnya saya faham apa yang diceritakan dan dapat belajar perkataan-perkataan baru dalam masa yang sama.

Tren agak sesak dengan manusia-manusia yang mahu ke destinasi mereka. Saya mencari tempat duduk, dan nasib baik masih ada biarpun ia bukan menghadap arah depan. Fikiran dibiarkan melayang agar mata terus dapat dilelapkan. Bukan apa, takut nanti kepeningan apabila melihat ke luar tingkap.

Malam ini saya makan nasi jagung masakan izi bersama daging masam manis. Sedap.. Asyik makan sedap je. Nampaknya bertambah lah berat nanti. hehehe.. sekian..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails