Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam..Hari tamatlah satu rintangan buat diriku sebagai pelajar Mechatronik Semester 1 kerana exam telah habis. Syukur yang tidak terhingga kerana saya telah kepenatan belajar setiap hari. 1st exam agak mengecewakan dan menyedihkan saya kerana saya telah meninggalkan soalan terakhir tanpa sebarang pengiraan dan rumus yang menguatkan.. Entah la, saya pun tak tahu mengapa jadi macam tu.. Mungkin kerana tidak cukup masa.. exam kedua yang mengecewakan diri ini ialah physik.. Susahnya soalan dia, tidak seperti apa yang dipelajari semasa di Malaysia. Amat berlainan sama sekali. Bagi foreigner macam saya lagi la berganda kesusahannya. Satu sebab nak kena faham soalan, apa situasi yang diberikan dan yang kedua nak menjawab soalan tersebut.. Semestinya mengambil masa dua kali ganda dari pelajar-pelajar German. Dan disebabkan itu juga saya juga banyak tidak menjawab soalan. Arghh.. marah dengan diri sendiri. Mungkinkan perkara ini takkan terjadi jika saya belajar dari awal sem lagi.. hmmm.. termenung sendirian..
Exam yang lain2 dirasakan ok tapi tak tau la tiba-tiba yang ok tu dpt rendah,yang ko dapat tinggi. Impossible is possible, right?
Apa pun sekarang masanya untuk berserah segalanya kepada Allah. Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik.. Saya hanya perlu berdoa dan terus berdoa..
P/S: kepada kawan-kawan yang lain, teruskan perjuangan anda. Jangan mengalah selagi exam belum sampai ke penghujungnya.. Aja aja fighting!!
No comments:
Post a Comment