Hari ini hari kedua saya berada di rumah izi. Yang menariknya hari ini, izi masakkan saya nasi lemak sambal telur. Turut diundang ambak dan arul untuk turut serta menikmati hidangan tengahari yang disediakan khas oleh izi. Makan lagi.. Pada hari ini juga bermulalah episod mencabar buat kawan saya, shiva kerana peperiksaannya baru bermula. Tatkala menelefonnya bertanyakan khabar berita, hati sayu mendengar suaranya. Ada kesedihan di balik suara itu. Dia tidak dapat menjawab soalan peperiksaan hari ini. Sama seperti apa yang saya sudah alami pada hari pertama peperiksaan yang lalu. Sabar ye Shiva, masih banyak lagi yang menanti. Yang penting sekarang untuk terus berjuang sehingga ke paper yang terakhir.
Hidup ini tidak selalunya indah. Kadang-kadang kita akan gembira, kadang-kadang kita akan sedih. Bukankah semua perasaan itu dibuat agar kita dapat merasainya. Rugilah bagi mereka yang tidak dapat merasai perasaan itu, dan mungkin disebabkan itu juga kita terus diuji dengan pelbagai keadaan. Cuba bayangkan kalau kita sentiasa dapat berjalan dengan selesa tanpa mengetahui bagaimana rasanya bila terjatuh, terlanggar sesuatu atau terpijak sesuatu, mungkin kita tidak akan dapat berfikir dengan baik jika perkara itu berlaku walaupun ia hanyalah sekecil-kecil masalah. Bersyukurlah kita pabila kita diuji. Malah kita mungkin akan menjadi seorang insan yang lebih kuat fizikal dan mental dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.
Tidak mengapa untuk kita bersedih, untuk kita kecewa, untuk kita menyesal, namun yang paling utama ialah kita teruskan juga perjalanan ini sehingga sampai ke penghujung. Menjadikan perkara tersebut sebagai suatu sejarah dalam kamus hidup kita, pasti kita akan lebih bersemangat menempuh apa jua yang mendatang. Sejarah membuatkan kita mengingatinya dan dalam masa yang sama mengingatkan kita supaya tidak melakukan perkara yang berulang. Jadi buat kawan-kawan saya yang sekarang tengah bersedih atau berputus asa, janganlah membiarkan perasaan itu terus menghantui fikiran anda.
*esok adalah hari yang mendebarkan buat saya kerana exam keluar esok. Walaupun takut, insyaAllah saya sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Tawakkal dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. gud luck for me.. AJA AJA FIGHTING!!!
3 comments:
sudah lama saya tidak dengar bahasa baku..heheh
pencinta bahasa...saya juga tertarik dengan blog ini... Bahasa kita telah tercemar di blog2 lain. Bagus Soibah..inilah contoh yang kita mahukan. "Bahasa jiwa bangsa"...
pencinta bahasa, siapakah gerangan tuan hamba?
Post a Comment