Hari kedua, saya keluar dari bilik Aqilah dan pergi ke masjid Konstanz dan menikmati pemandangan yang cukup mempesona di sekitar bandar itu. Subhanallah, indah sungguh bumi ciptaanMu Ya Allah!! Sambil-sambil menikmati dan melihat pemandangan yang cukup indah, kami dikejutkan dengan... salah satu binatang ciptaan Yang Esa,yang haram untuk dimakan oleh kaum muslimin. ye, B.A.B.I.. binatang itu berwarna hitam, dibawa berjalan-jalan oleh seorang perempuan German bagai membawa anjing. Jikalau melihat anjing di sisi mereka( penduduk German), itu sudah menjadi suatu kebiasaan.Kerna di mana-mana sahaja anda akan menyaksikannya. Namun untuk melihat seekor babi dibawa berjalan-jalan adalah di luar kebiasaan. Kami sungguh terkejut dan geli hati.. Hahaha.. Apa tidaknya mendengar bunyi binatang itu cukup kelakar.. "Oink..Oink.."
Hari jumaat kami pergi ke Offenburg, berjumpa Liyana dan Patricia. Mereka membuat jamuan makan-makan. Sempena apa ye? entah la, tak pula ditanya. Rumah mereka agak cantik dan yang paling penting murah berbanding dengan rumah/bilik saya. Jelesnya. 'Kenapalah sewa di Reutlingen mahal.' Pertanyaan ini selalu bermain di minda walaupun jawapannya sudah diketahui. Jamuan tersebut sangat best kerana selepas makan, kami dihidangkan dengan movie marathon (walaupun hanya menonton dua movies je). Movie pertama, The Mist. Saya tak suka sangat dengan jalan ceritanya. Tak puas hati. Next movie, The Haunting of... ( dah lupa, sorry ye..hehehe).. Ceritanya amatlah menarik. Penuh dengan kejutan. Malah terdapat selingan dengan jeritan-jeritan mereka yang ketakutan. ramai juga yang takut pabila melihat cerita ala-ala hantu ini. Saya bukannya takut dengan cerita tersebut tapi terkejut dengan jeritan dan aksi-aksi mereka yang ketakutan ini. Yang paling mengejutkan kawan saya, yang lelaki menjerit dengan penuh bergaya. Mukanya seperti kegeraman, ke kesakitan. x pasti apakah kata yang sesuai untuk digunakan. Tangannya mengepal..
Lawatan ke Offenburg diakhiri dengan makan aiskrim beramai-ramai di Palazo. Saya makan aiskrim Vanila bersama wafel. Sedap!! U should try that..
masa naik IC
1 comment:
jamuan offenburg kan sempana habis ujian..hehe..terjumpa blog sue..
Post a Comment