Minggu lepas saya ditinggalkan keseorangan di rumah. Kami ada cuti sehari pada hari Khamis, cuti Himmelfahrt. Saya dah lupa kenapa cuti ini diberikan, yang saya tahu ianya pasti ada kena mengena dengan agama mereka. Sangat beruntung buat mereka yang tiada kelas pada hari Jumaat kerana mereka dapat bercuti selama empat hari. Malangnya saya tak bernasib baik. Sepatutnya saya pun tak ada kelas pada hari Jumaat lalu namun disebabkan dua minggu lepas Labor Messtechnik diganti dengan seminar Bewerbertraining (seminar cara-cara memohon kerja untuk semester 5 iaitu semester praktikal), jadi terpaksalah kami menggantinya pada Jumaat lepas.
Kakak-kakak serumah pergi bercuti ke Istanbul. Bestkan? Apakan daya, x ada rezeki untuk pergi dalam masa terdekat. Saya belum sampai lagi ke sana tapi insyaAllah akan menyusul. Sekarang saya sangatlah x sabar menanti ketibaan cuti seterusnya bermula pada 21 Mei.
Cuti Pfingsten juga selama seminggu. Percutian kali ini ke
dua buah negara yang bersebelahan dengan German. Negara apa, tunggu entri akan datang. Cepatlah masa berlalu.
Sekian, wassalam.
3 comments:
waa.... bestnya nk cuti. jalan2... hehehe
wahhh..bestyer..;p
tak dapat g..tapi nak berangan jap...kot2 dapat g cne..
hik3..;p
take care okey..;p
bahiah: hehehe.. sebab tue la sgt impatient menanti masa berlalu..
kain sari: xpe..mana tahu nanti awk akn berpeluang. berangan itu sgt best. thanks.
Post a Comment