Ada sejenis roti ini yang luarannya memang nampak keras sama seperti roti-roti keras yang lain, tambahan lagi warnanya yang coklat pekat membuatkan ia nampak tidak begitu menyelerakan. Melihat pada rupa luarannya, saya tidak berani membelinya. Bimbang kalau-kalau ia tidak mengikut citarasa saya. Takut untuk mengambil risiko kerana silap-silap boleh jadi membazir pula. Entah mengapa suatu hari teringin membelinya, perasaan ingin mencuba roti ini datang membuak-buak memaksa saya membelinya.
Ini lah roti yang saya maksudkan:
Bretzel nama diberi. Roti ini sangat popular dikalangan masyarakat di sini, malah menjadi roti tradisi mereka.
Sekali rasa terus membuatkan saya ingin membelinya lagi di hari-hari yang mendatang dan sudah tergolong dalam roti yang saya gemari. Rasanya boleh tahan dan juga rangup. Cuma ada satu sahaja yang saya x suka mengenainya. Kalian nampak x ada sesuatu ditabur di atas Bretzel di dalam gambar di atas? Benda itu sebenarnya garam. Tiap kali saya makan roti ini, pasti saya akan mengasingkan garam dengan roti. X sanggup memakannya bersama,masin. Boleh darah tinggi nanti. :)
Sebenarnya bentuk bretzel itu sendiri ada maksud yang tersirat. Bentuk ini direka oleh seorang ahli keagamaan german (monk) pada zaman dahulu yang ingin mengajar kanak-kanak berdoa. Dia memberikan bretzel ini kepada kanak-kanak sebagai tanda peringatan dan juga hadiah. Bentuk penyilangan yang terdapat pada bretzel itu merujuk kepada tangan yang disilangkan semasa upacara berdoa dibuat. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut, silalah bertemu janji dengan en.Google.
Sekian untuk kali ini. Sebagai renungan bersama,
"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air(hujan)yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanam-tanaman bumi dengan subur(kerana air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan(tanaman)nya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berfikir."
(surah Yunus,10:24)

5 comments:
saya paling suka berlina.yg cam donut tp ada jem kat dlm..sedap!!hehe
owh, tu jarang makan sebab takut x kenyang.. tapi kalu ada yg berjem tu dia letak byk sgt r..
selalu beli roti2 tu je kat mensa kalau x bawak bekal.
sedapnyer tgk rotii ni...
ok la.. kat malaysia ada jgk rasanya..tapi kat mesia, manis bukan masin.. kalau x silap la.
saya suka gak roti ni sue. masin. tp takde la tabur garam cm tu. kat KLCC la sya slalu beli. yummy...
Post a Comment