Friday, May 21, 2010

Countdown 1

Alhamdulillah, minggu ini makin ke penghujung. Cuti pula bertandang. Mengikut perancangan yang dibuat antara saya dan kawan-kawan yang menyertai percutian kali ini, kami akan bertolak pada hari Isnin dan kembali semula pada hari Jumaat. Percutian selama 5 hari 4 malam. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah negara yang akan dilawati. Seperti yang terpapar di peta Eropah, German terletak di tengah-tengah Eropah, dikelilingi oleh 9 negara, itu pun kalau saya x silap. Negara-negara jiran tersebut ialah France, Switzerland, Austria, Czech Republic, Poland, Denmark, Netherlands, Belgium dan Luxembourg. Banyak kan? Tapi saya baru sahaja nak pergi dua daripadanya, iaitu Poland dan Czech Republic. Saya akan pergi ke Prague terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki ke Krakow.



Orang kata, Prague amat diminati oleh kaum Hawa. Hmm.. Sebabnya di sana terdapat banyak kristal yang ditawarkan dan harganya pula murah. Sejauh mana kebenarannya? Kita lihat sahaja nanti adakah ia sememangnya fakta atau indah khabar dari rupa. Prague juga dikatakan menarik dan best untuk dilawati dengan beralasankan tempatnya cukup cantik terutama bangunan-bangunannya yang antik dan unik.

Krakow, Poland menjadi tempat perhentian kami yang kedua kerana di sana terdapat Concerntration Camp. Kem ini sangat dikenali terutama buat penggemar sejarah. Kem ini ada kaitannya dengan sejarah Hitler. Semasa penaklukan Nazi German ke atas Poland, kem ini dibina untuk buruh paksaan yang kebanyakannya terdiri daripada orang Yahudi yang diusir. Kadar kematian di kem ini sangatlah tinggi, antara punca ialah penyakit, kebuluran dan juga disebabkan pembunuhan.

Di Krakow juga terdapat Krakow Ghetto. Pada Mei 1940, Nazi German bertindak mengusir orang Yahudi yang ada di Krakow ke luar kota dan bermula pada Mei 1941, mereka menubuhkan ghetto. Ghetto ini merupakan sebuah kawasan yang dipagari oleh pagar berduri dan ada juga yang dipisahkan dengan tembok batu. Di dalam kawasan ghetto ini juga dibina beberapa kilang untuk penduduk di dalamnya bekerja. Secara ringkasnya, ia sebuah tempat sejarah untuk melihat bagaimana Nazi mencatatkan sejarah hitam dalam kehidupan orang-orang Yahudi.

Kalau kalian ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik sini dan sini.

2 comments:

bahiah said...

wahhhhhhh... jeles2. sya lgi 3 minggu final exam. adeh...

sue said...

hehehe.. yes, berjaya buat org tu jeles.. xde la gurau je, jgn la jeles.. sue pun tgh cuak gak nak exam ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails