Sunday, May 9, 2010

Islam




Memang ramai yang sudah mengetahui Islam, tapi benarkah anda betul-betul mengenali islam? Jika kita melihat kepada sejarah agama-agama di dunia kebanyakan merujuk kepada nama si pengasas, atau kepada ummat tertentu. Sebagai contoh, agama Masehi mengambil nama daripada Al-Masih a.s. Agama Buddha diambil namanya daripada nama pembawanya, Gautama Buddha. Begitu juga agama Yahudi yang muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenali dengan nama Yahuda, justeru itu Yahudilah nama diberikan.

Perkara ini berbeza dengan Islam. Islam tidak hanya tertumpu kepada sesuatu bangsa, kaum dan warna kulit. Islam lahir dari perkataan Salima yang membawa maksud;
1)Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin
2)Damai aman dan sejahtera
3)Taat dan menyerah

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (surah Ali-Imran:19)

Kebanyakan dari kita dilahirkan oleh kedua orang tuanya yang beragama islam. Jadi  tidak ramai yang mengetahui maksud tersirat di sebalik penggabungan dirinya dengan Islam. Penggabungan yang dimaksudkan ialah berpegang teguh dengan seluruh ajaran islam dalam setiap ceruk kehidupan dengan penuh kerelaan.

Mari kita meneliti atau mengingat kembali definisi-definisi islam yang dikemukakan oleh ulamak-ulamak berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah:
1. Tunduk dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran tanpa dipaksa kerana ketundukan yang dipaksa tanpa perhitungan dosa dan pahala.

“Mengapakah mereka mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah tunduk kepadaNya siapa yang dilangit dan dibumi, dengan sukarela atau dengan terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan.”                   (Ali-Imran : 83)

Bila mana kita mengatakan yang agama kita ialah islam, itu bermakna kita sudah menyedari hakikat bahawa kita telah menyerah diri kepada Allah tanpa dipaksa, memberikan sepenuh ketaatan dalam setiap perintah yang diberikan. Tapi malangnya tak ramai yang mengetahui hakikat yang sebenarnya ini. Harus kita sedari bahawa islam dengan hanya menyerah diri secara zahir tanpa terselit iman di dalam hatinya tidak mendatangkan apa-apa faedah.

“Berkata orang-orang Arab Badwi : Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam (tunduk) dan belumlah masuk keimanan ke dalam hatimu. Jika kamu mengikut Allah swt dan RasulNya, tidaklah kurang (pahala) amalanmu sedikitpun. Sungguh Allah Pengampun Lagi Penyayang.”     (Al-Hujurat : 14)

2.Islam juga diistilahkan sebagai peraturan hidup yang mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammmad saw untuk disampaikan kepada manusia.

Bacaan tambahan, klik sini

Wassalam.

2 comments:

fareast said...

islam itu sejahtera, agama sejak dari nabi Adam sehingga nabi Muhammad, untuk lebih jelas mungkin boleh lihat asas-asas Islam karya Al-Maududi.

Hanya ingin mencelah.

sue said...

xpe..sila2.
ok, nanti saya baca.. tq atas info.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails