Saturday, May 22, 2010

Countdown 2




Entri yang lepas saya menghitung hari untuk cuti, berbeza dengan entri ini. Entri ini menghitung hari-hari untuk peperiksaan. Sudah x lama lagi hari itu pasti akan tiba. Sekarang pun di penghujung bulan 5. Hanya ada tidak lebih dan x kurang sebulan lagi. Persiapan? Semestinya masih belum bersedia, baru saja gear pertama.

Semester ini saya disibukkan dengan Lab. Bukan sahaja lab yang memerlukan kita memasang litar, melihat nilai voltage, current dan resistance. Tapi juga lab yang memerlukan saya berada di depan komputer ataupun laptop berjam-jam lamanya, iaitu Info III, ECAE I dan juga Signale und Systeme. Kalau Info III, saya memang x kesah. Sudah biasa seperti itu semenjak semester pertama lagi. Tapi untuk dua subjek lagi, sungguh menguji kesabaran. Bayangkan setiap subjek itu ada lebih daripada 20 latihan yang perlu disiapkan dan dihantar jawapannya melalui laman web yang disediakan. Subjek tersebut menggunakan program MatLab dan System Vision. Di situ, saya harus membina litar menggunakan komponen-komponen yang terdapat dalam program itu, dan daripadanya saya harus mendapat keputusan samada dalam bentuk graf, nilai ataupun dalam bentuk persamaan. Ada yang senang dan ada juga yang susah. Biasalah kan.

Semester ini, saya telah mendaftarkan diri untuk mengambil tujuh subjek bertulis. Kesemua subjek yang dipelajari dalam semester 3 kecuali Microcontroller yang examnya hanya ada pada semester depan.
Minggu lepas, saya baru pergi melihat papan kenyataan yang tertampal jadual peperiksaan. X pasti sejak bila lagi jadual itu telah ditampal di situ.

Jadualnya x ubah dari apa yang saya jangkakan, saya akan melalui hari-hari yang sukar pada minggu peperiksaan. Setiap hari saya ada exam kecuali hari ahad (hari cuti), maknanya dari hari Sabtu sehinggalah ke hari Sabtu yang seterusnya saya x putus-putus men'stress' kan minda menjawab peperiksaan.

Berikut adalah jadual peperiksaan untuk semester 3 (SS 10):
03/07     09:00-10:00    Informatik III
05/07     14:00-15:00    Elektrische Messtechnik
06/07     14:00-16:00    Elektronik
07/07     10:30-11:30    Sensortechnik
08/07     10:30-11:30    Steuerungstechnik
09/07     10:30-12:30    Signale u.Systeme
10/07     10:30-12:30    ECAE 1

4 comments:

kain_sari said...

wahh..
cianyer die..rilexs okey..;p
good luck..cayok3..sue leh wt ok..;p

sue said...

tue la.. memang kesian pun.. x tahu la dpt wat ke x..

bahiah said...

sya yg STRESS tgk jadual exam sue. arghhhh.... hehe

sya lg 2 minggu lebey final exam. nasib baik skrng ni short sem. tak beban la sgt. :)

gud luck sue. buat yg trbaek.

sue said...

bahiah jgn la stress.. sue xde la stress sgt cuma tersangatlah cuak dan takut.
wat leklok tau dalam final. bittaufiq wannajah.

InsyaAllah semoga kita sama2 berjaya dalam pelajaran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails