Tolong! Tolong! Tolong!
Saya rasa segala gerak-geri saya diperhatikan dan diintip oleh seseorang melalui laman Facebook. Memang setiap apa yang kita lakukan boleh diketahui oleh sesiapa yang menjadi kawan kita di sana jika kita membenarkan aktiviti kita terpapar di 'main'. Masalahnya naluri saya kuat mengatakan yang dia selalu memerhatikan setiap apa yang saya buat x kiralah sama ada saya menambah kenalan ke, suka 'post' tertentu ke, menyertai 'group' tertentu ke, semuanya dilihat. Bukan x mahu berbaik sangka, tapi cuba kalian bayangkan setiap kali kalian buat sesuatu, mesti ada sahaja komen atau 'like' dari si dia. Saya rasa kalau kalian berada di posisi saya sekali pun mesti kalian x selesa.
Memang sangat-sangat x selesa. Apatah lagi orang itu, orang yang suatu masa dahulu cuba untuk menjadikan saya teman wanitanya. Kalaulah kalian tahu apa yang dibuat sepanjang tempoh itu. Ada satu ketika saya rasa sangat tertekan dengan perbuatannya hingga menyebabkan saya menjadi jahat. hehehe.. Masih terlintas di fikiran tatkala namanya tertera di skrin telefon saya. Sekiranya saya x menjawab panggilannya, selagi itulah dia akan menelefon, kadang-kadang lebih dari 10 panggilan. Nak tahu apa yang saya buat waktu tu? Saya matikan telefon dan kebanyakan masa saya akan 'silent'kan telefon saya. Kalau saya rasa kasihan, saya akan menghantar mesej minta maaf sebab tidak dapat menjawab panggilannya. Kasihan kerana dia salah seorang kawan saya, x ingin memutuskan persahabatan yang terbina.
Secara jujur saya akui mungkin sejarah silam banyak menghantui, ia memang x dapat lari kerana kemungkinan untuk sejarah berulang tidak dapat kita jangkakan. Saya takut. Bukan senang untuk melupakan peristiwa itu walaupun saya memang menganggapnya kawan biasa. Yang paling saya takuti ialah saya terpaksa berjumpa dengannya suatu hari nanti. Kalau betullah apa yang yang saya fikirkan sekarang, saya berdoa semoga dia berjumpa jodoh yang sesuai cepat-cepat. Tapi saya harap apa yang saya fikirkan tidak betul.

Untuk pengetahuan kalian, saya bukannya jenis orang yang melonjak keriangan andai saya tahu ada seseorang ingin memikat hati saya. Kalau saya tahu seseorang itu ingin memikat saya, secara automatik saya akan menjauhkan diri dari dia. Malah jika tiba-tiba tersebar gosip mengaitkan saya dengan seseorang, maaf saya cakap yang saya juga akan menjauhkan diri darinya walaupun jika difikirkan gosip itu tidaklah sebesar mana pun. Saya pun x tahu kenapa saya seperti ini, tapi saya memang x dapat menghindarinya. Jadi, saya memohon seribu kemaafan kepada mana-mana lelaki yang pernah saya lari darinya.
Ok, sudah x mahu meneruskan coretan lagi. Banyak lagi perkara yang harus diutamakan.

Wassalam.
1 comment:
nasib baik cik sue bukan jenis yang selalu upload semua perkara dan semua gambar di facebook, kalau tidak susah juga.
Post a Comment