Saturday, March 6, 2010

Hari-hari penghabisan

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya bercuti. Selepasnya saya akan memulakan sesi pengajian semester musim panas pada hari isnin ini. Hari-hari terakhir saya banyak diisi dengan makan-makan. Bermula dengan sesi perjumpaan bersama teman-teman di Aalen, saya dihidangkan dengan Laksa dan daging cendawan, dimasak oleh Sofia dan Hanafi.

Di Aalen, kami mengambil banyak gambar kerana pemandangan dan cuaca yang sangat baik. Tengah tunggu Anisah Adlina memuat turun gambar-gambar tersebut. Balik dari Aalen, kami dikejutkan dengan ribut Xynthia yang menyebabkan sistem keretapi di bahagian utara Baden mengalami masalah dan menyebabkan Anisah terpaksa bermalam di rumah saya. Tempias ribut itu amatlah kuat. Rasa seperti mahu terbang ketika angin kuat bertiup dari arah belakang semasa sedang berjalan. Sebelumnya saya memikirkan adakah saya terlalu ringan sehingga terasa bagai ingin diterbangkan, rupa-rupanya ada sebab lain. Nasib baik. :)

Keesokannya, Anisah teringin membuat kek cawan (cupcake), jadi saya membantu memenuhi keinginannya. Kami sangatlah rajin, siap buat 'topping' lagi untuk kek cawan tersebut. Hari isnin malam, senior Reutlingen yang sudah tamat pengajiannya mengadakan jamuan makan-makan. Saya dapat makan nasi briyani daging, ayam kurma dan yang paling sedap ialah pencuci mulut, kek keju oreo. Semuanya dimasak oleh kaum Adam. Saya dan Izi hanya datang untuk makan sahaja.





Hari berikutnya, junior yang akan memulakan sesi pengajiannya di Reutlingen pula menjamu kami. Menunya pasta, kentang putar yang rasanya sedikit berbeza, roti istimewa dan laksa. Tahun ini, ada seorang junior perempuan yang masuk ke Hochshule Reutlingen dan dia merupakan orang Kelantan juga. Yang lainnya 5 orang lelaki. Empat orang akan belajar 'Mechatronik' dan dua orang akan belajar 'Maschinenbau'.

Hari Rabu, saya dan Izi pergi ke Stuttgart. Nak tahu apa tujuan kami? Motifnya adalah untuk makan ayam KFC. Kelakarkan. Pergi ke Stuttgart semata-mata untuk makan ayam. Di sana, kami berjumpa dengan Aqilah, Sofia dan Anisah, seperti yang diaturkan. Dan sekarang saya tengah cuba mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk memulakan semester baru.

Sekian.



p/s: maaf kalau x best sebab ketiadaan mood untuk berblog.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails