Friday, March 26, 2010

mengapa perlu MALU?

MALU merupakan satu perkataan yang cukup sinonim dan sering diucapkan oleh kebanyakan daripada kita. Walaupun perkataan malu itu sendiri hanya mempunyai dua suku kata, tapi ia cukup memberi makna dan pengertian yang tersirat bagi yang betul-betul memahaminya.

Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya Rasulullah saw berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Ansar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu - iaitu malu mengerjakan kejahatan. Kemudian Rasulullah saw bersabda "Biarkanlah ia, kerana sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan."

Dari sudut bahasa (diambil dari wikipedia) amnya bermaksud satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya. Malu juga turut dibahagikan kepada tiga konsep pengertian;
1) Malu sebagai perasaan atau malu yang bersifat fitrah.
Ertinya malu merupakan perasaan rendah diri atau segan-silu dengan kekurangan diri apabila dibandingkan dengan orang lain.
2) Malu sebagai tanda harga diri. (malu yang muncul dari dalam jiwa)
Seseorang dikatakan mempunyai harga diri dan maruah andai sahaja dia mempunyai perasaan malu. Malu dalam kategori ini sering berkait dengan maruah dan air muka.
3) Malu sebagai fungsi kawalan sosial
Malu dalam kategori ini merupakan definisi malu amnya (lihat di atas). Malu dalam kategori ini bersumberkan keimanan. Malu atas dasar muraqabah, iaitu pengintaian Allah.

Dahulu kala, 'malu' cukup istimewa dan terlalu bernilai buat hampir semua individu kerana biar ke mana sahaja mereka pergi, sifat 'malu' itu akan sentiasa dibawa umpama teman sejati supaya setiap apa yang dibuat dapat dikawal dan sentiasa berada pada tempatnya. Malangnya jika kita melihat kepada dunia hari ini, alangkah sedihnya apabila sifat malu sudah semakin terhakis dalam diri insan seolah-olah malu itu bukan lagi sesuatu yang cukup berharga lebih-lebih lagi kepada umat Islam.

Mana mungkin seseorang mampu melakukan zina dan dosa andai dia mempunyai rasa malu dengan sang Pencipta. Mana mungkin seorang ayah mampu merogol anaknya sendiri kalau dia mempunyai perasaan malu? Mana mungkin seorang ibu sanggup membiarkan bayinya dikerumuni anjing-anjing yang liar andai dia mempunyai rasa malu kepada Allah dan malu kepada anaknya? Tambah menyedihkan apabila melihat sifat malu hampir mencecah ke nilai 0% dalam diri perempuan-perempuan islam di akhir zaman. Mereka sewenang-wenangnya menyerahkan segala-galanya untuk kehidupan di dunia tanpa menghiraukan akibat di akhirat. Tanpa segan-silu, mereka mempamerkan apa yang ada yang sepatutnya dijaga dengan baik. Nauzubillah..

Malu ada baik dan buruknya. Malu apabila menjalani kemungkaran dan kemaksiatan adalah sangat terpuji. Namun malu untuk melakukan perintah dan ketaatan Allah pula merupakan satu sifat yang tercela.
Dalam Hadith 40, hadith yang ke20;
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr mengatakan Rasulullah saw bersabda " Sesungguhnya di antara hal-hal yang ditemui (didapatkan)dari ucapan kenubuwatan yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu,maka lakukanlan apa sahaja yang kamu kehendaki."

Terdapat pelbagai pendapat dari ulama mengenai pengertian hadis ini. Ada ulama yang berpendapat ianya sebagai perintah lalu menjelaskan bahawa jika sesuatu yang hendak diperbuat tidak mendatangkan rasa malu maka lakukanlah sesuai dengan yang diinginkan.
Ada pula yang berpendapat ianya bukan sebagai perintah, dengan alasan:
1) Sebagai ancaman atau untuk menakut-nakutkan - " Kalau kamu tidak malu kepada Allah dalam melakukan kemungkaran dan dosa, terserahlah. Kamu boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan". Tetapi ingatlah setiap sesuatu ada pembalasannya, samada ditunjukkan di dunia atau di akhirat.
2) Ertinya sebagai berita - menceritakan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai rasa malu pasti akan berbuat sesuka hatinya Dijelaskan jika seseorang itu tidak merasa malu kepada Allah dan para manusia dalam melakukan sesuatu kerana ianya bukan larangan agama, dia boleh sahaja melakukannya. Namun jika dia malu melakukannya, dia boleh untuk tidak melakukannya. (sekiranya bukan termasuk dalam hal yang wajib dan sunnah). Maknanya dia berhak untuk membuatnya atau sebaliknya.

"Hakikat sifat malu itu ialah suatu budi pekerti yang menyebabkan seseorang itu meninggalkan apa-apa yang buruk dan menyebabkan ia tidak mahu lengah untuk menunaikan haknya seseorang yang mempunyai hak."



Begitu susah rupanya untuk mendapat dan memelihara sifat malu ini hingga ia dikaitkan dengan keimanan seseorang. Subhanallah. Sungguh mudah untuk mengatakan saya malu tetapi terlalu susah untuk dilaksanakan. Bahkan, Rasulullah saw. menjadikan sifat malu sebagai sebahagian dari cabang iman. Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Iman memiliki 70 atau 60 cabang. Paling utama adalah ucapan ‘Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan di jalan. Dan sifat malu adalah cabang dari keimanan.” (HR. Muslim dalam Kitab Iman, hadith ke 51).

Ingatlah, letakkanlah sifat malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan perkara tapi janganlah menjadi pemalu dalam menuntut ilmu, memberitahu kebenaran dan membuat kebaikan. 'Malu' lah yang akan menjadi sempadan dalam mengawal tingkah laku kita, agar kita tidak melampaui batas.

Sekian, mudah-mudahan Allah sentiasa menyelitkan sifat malu dalam diri setiap dari kita.



4 comments:

Faizal said...

salam
tahniah, anda dapat award..visit web saya..hehee

kain_sari said...

salam...
awk..mcm mne nak hilangkan rse malu..
maksud syer...syer takut berhadapan dgn lelaki..atau orang lelaki..syer selalu pandang kebawah bile jumper lelaki..tak kisahlah umo meka tua ke muda...
mcmne nak hilangkan rse nie??

sue said...

wassalam.
kelakar la awak ni.. hehehe:P
malu utk berhadapan dgn lelaki? bagus la kalau awak ada sifat malu berhadapan lelaki. calon perempuan melayu terakhir gitu. huhuhu.
jgn hilangkan tapi teruskan berperasaan mcm tu. sy suka dan Allah pasti suka. cuma hati2 takut terlanggar pape je..

[ Muzni Aini ] said...

askum...salm....be my follower....plc...=p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails