Friday, March 19, 2010

Gembira dalam hati

Setelah berhempas pulas cuba untuk memahami kertas praktikum Digitaltechnik, saya dan rakan berjaya juga membuatnya dengan baik dan memahaminya dengan lebih jelas. Mana taknya, beberapa buah buku dipinjam dari perpustakaan bagi menyelesaikan masalah yang menimpa. Walaupun begitu, kami masih menjadi orang terakhir yang keluar dari makmal Digitaltechnik. Tapi tidak mengapa, insyaAllah akan tiba waktunya kami akan menjadi antara yang terawal keluar.

Buat pertama kali saya tak merasa seperti orang yang bodoh. Alhamdulillah. Kami juga ditanya oleh seorang pembantu makmal yang merupakan orang baru yang ditugaskan di situ, samada kami mengalami kesukaran memahami bahasa german. Dia menegaskan bahawa dia memahami jika kami tidak memahaminya kerana di sini terdapat banyak dialek. Setelah berbincang, kami sepakat memberitahunya kami masih ingin meneruskan praktikum dalam german melainkan jika kami tidak memahami sesuatu, dia boleh menerangkannya dalam English.

Dalam kelas saya sekarang, ada penambahan seorang perempuan, namanya Tania. Setelah lama keseorangan, ada juga perempuan dalam kelas tu. Setakat ni saya tak begitu rapat dengannya. Sebab.. Bila ada seorang pelajar lelaki ni (tak tahu nama) turut mendengar kuliah, dia pasti akan berkepit, akan duduk sama-sama. Mentang-mentang la budak tu pandai dan banyak bertanya. Tania tu spertinya ada strategi yang bagus untuk duduk bersama orang yang pandai. Tapi bukanlah bermakna orang lain x pandai. Budak lelaki tu pun bukannya boleh dikatakan kawan sekuliah yang sama-sama melangkah ke semester baru. Saya kurang pasti dia semester berapa.
Tak kisahlah, 'slow and steady' untuk mencipta perhubungan yang mesra.

Saya juga gembira bila kawan saya, Stefan (dulu masa sem pertama saya cakap dia sombong sebab dia x senyum langsung, tapi sem dua dan seterusnya dah mula senyum dan suka buat lawak juga dalam kelas) sudi membantu saya dalam tugasan pertama E-CAE 1. Saya x reti macam mana nak buat. Dia pun ajar satu persatu. Baiknya dia.

Saya baru mengetahui waktu minggu pertama yang kursus Mechatronic yang diambil di Reutlingen lebih kepada Informatik, maknanya major dalam Informatik. Sangat 'best' kerana lagi banyak masa saya akan menghadap komputer. Dan nanti lagi banyak benda pelik-pelik yang diajar.

Hari ni saya tiada kelas, jadi bolehlah saya berehat, menenangkan fikiran. Sekian.
"Setiap kesusahan pasti ada kesenangan"




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails