Tadi baru sahaja lepas pergi kelas Praktikum Digitaltechnik (Digital Technology), saya rasa sangat sedih. Rasa macam lemah sangat dan terlalu 'down'. Saya x tahu apa yang perlu dibuat, macam mana nak buat, apa fungsi benda tu dan macam-macam lagi. Memanglah kami harus membuat persediaan terlebih dahulu, ada beberapa soalan yang harus diisi. Yang saya faham, memang saya buat. Dan yang saya x faham walaupun dah cuba untuk memahami, saya tinggalkan tanpa sebarang contengan. Untuk pengetahuan kalian, teori dan praktikum dibuat dalam semester yang berlainan, bukan seiring.
Apabila tiba masa untuk saya dan kawan saya memasang litar, kami berdua kebingungan. DItanya kepada orang yang bertugas memantau kami, yang juga merupakan orang yang sama yang memantau dalam Praktikum Elektrotechnik semester lepas, namun kami x juga faham. Sudah beberapa kali dia cuba menerangkannya tapi tetap x berguna. Jujur, waktu itu saya rasa sangat bodoh dan lemah. Memang rasa seperti orang yang x tahu apa-apa. Lagipun, semester lepas pensyarah ganti itu x menerangkan dan menyatakan apa-apa berkaitan benda itu. Malam sebelumnya saya juga membelek buku tapi tak ketemu apa yang diinginkan.
" Kenapalah saya x dapat faham apa yang dia terangkan?"
Praktikum Digitaltechnik lebih kurang sama dengan Praktikum Elektrotechnik. Susah dan mesti x faham. Setiap kali buat, mesti rasa 'down', tertekan dan rasa x pandai. Mesti rasa nak menangis sebab x faham. Kali ini pun memang rasa nak menangis, tapi air mata x nak jatuh berguguran.

Mesti orang tu fikir kami sangat teruk. Selalu x faham apa yang patut dibuat. Tapi memang lain apa yang dipelajari dalam teori dengan apa yang harus dibuat dalam praktikum. Dulu waktu buat 'lab' di Malaysia x pernah pun rasa teruk seperti ni.
Kadang-kadang rasa x tertanggung lagi nak menghadapi situasi ini. Tapi saya memang x boleh mengalah, kan? Disebabkan memang rasa teramat 'loser', kami nekad untuk membuatnya minggu depan. Disebabkan ni juga, saya membuat keputusan untuk meminta tolong 'supervisor' pelajar Malaysia di Reutlingen mencari tutor buat membantu kami memahamkan isi kandungan praktikum tu.
p/s: Minta maaf sangat-sangat sebab bahasa untuk entri ini tunggang-langgang.

5 comments:
ni lah cabarannya sue. jgn putus asa!!!! sue boleh!!
memang xleh putus asa sbb kalu x, sia-sia je dtg cni.. cuma rasa sgt teruk ok.. bdk german ckp x fhm n x reti gak, bila masuk lab, selamba je wat..kitorg gak yg terkapai2.. pastu org tu plak dah mcm putus asa ngan kitorg.. mesti la sedih..
sue tau tak. dulu time saya 1st year, bila msuk lab electronics, msti sya blur tak tau nk wat. mcm xtau apa2 lgsung sbb klas teori blajar sem yg lepas, bru nk appky next semnya. slalu sgt pggil lab technician tlg. tp yg bagusnya org melayu. so dia tlg la ajar setup, guna suma. tp still tak tau apa sbnarnya experiment tu. huhu. kwn2 yg bnyk bntu la... kdg2 rsa mcm bengap sgt. huhu. sory ayt mcm tak elok. tp mcm tu lah rsanya.
sue jgn sedey2 sgt... setiap kesusahan tu psti ada kesenangan (suroh al-insyiroh)
u go girl!!! *cheer*
dapatkan partner yg terror lagi pandai lagi baik. haha. itu akan sangat membantu. viel spass!
salam
sabart2..terus berusaha..cari orang yg pandai untuk ajarkan...
Post a Comment