Saya berjaya juga membuat Internatonal Student Card aka IC di Studierenden Büro. Proses untuk mendapatkannya teramat senang. Anda hanya perlu mengisi borang, membawa sekeping gambar, pasport dan juga student card serta tidak lupa duit sebanyak 12 euro. Pada awalnya, saya menyangka ia akan mengambil masa yang lama selepas borang itu dihantar. Rupa-rupanya sebaik sahaja borang itu diserahkan, pegawai bertugas memulakan kerjanya dengan menyimpan data di sistem komputernya dan mencetak butiran yang akan ditampal di kad tersebut. Tak sampai 15 minit, kad itu sudah siap dan diberikan pada saya. Apa yang saya mahu buat dengan kad itu? Kad itu akan digunakan untuk percutian musim panas nanti.:) Semasa ingin menyelitkan kad itu dalam 'purse', tiba-tiba saya rasa saya ada banyak kad. Padahal tak sampai 20 pun. Saja perasan ada banyak kad.
Hari ini pula saya akan bertolak ke Mannheim, untuk menghadiri MGSS Annual Grand Meeting. MGSS merupakan persatuan pelajar Malaysia di German. Itulah satu-satunya pertubuhan yang kami ada. Buat pengetahuan kalian, saya tercalon untuk jawatan Timbalan Setiausaha. Entah macam mana ada seorang hamba Allah ni mencalonkan saya. Harap-harapnya saya tak terpilih sebabnya entah.

Tak teringin barangkali. Nak pergi ke sana pun sekadar nak mengetahui bagaimana suasananya, itu pun memang sebelum dikhabarkan tercalon untuk jawatan tersebut. Akhir kalam, renungilah kata-kata di bawah. InsyaAllah kegembiraan akan dikecapi.

No comments:
Post a Comment