Hanya ingin berkongsi apa yang telah saya perolehi melalui usrah/pengisian online bersama Ustaz Zaharuddin (UZAR) pada 6 Februari 2010 yang lalu. InsyaAllah dapat meluaskan skop pemikiran dan kefahaman kita mengenainya.
Seperti yang kita ketahui baru-baru ini kita digemparkan dengan penggunaan nama Allah dalam akhbar The Herald. Bermula dari situ, timbullah pelbagai pandangan dan perbezaan pendapat antara ulama. Ada yang membenarkan dan ada juga yang memprotesnya. Kenapa semua ini boleh berlaku? Puncanya ialah kerana sebahagian ulama mengulasnya dari sudut yang berbeza, ada yang memberi pendapatnya dari sudut aqidah, dakwah/persepsi, dan juga perspektif siasah syarie atau politik islam.
Terlebih dahulu, sebelum memutuskan sesuatu perkara di dalam islam, terdapat dua perkara yang harus kita ketahui iaitu Qat'ie dan Zonni.
Qat'ie: bermaksud putus, tiada ruang untuk memberi pandangan, maksudnya telah jelas. Sebagai contoh, pembahagian harta pusaka yang telah diceritakan di dalam al-Quran.
Zonni: boleh berbeza-beza pendapat dan pandangan dari ulama berdasarkan takwil(tafsiran).
Oleh sebab itu, tak perlulah kita memeningkan kepala memikirkan perbezaan pendapat di kalangan ulama' tersebut kerana sebetulnya mereka merujuk pada perspektif yang berbeza. Dalam isu penggunaan nama Allah ini, perkara ini tergolong dalam kelompok Zonni, iaitu x putus dan boleh berijtihad.
Hukum asal majoriti ulama' yang telah disepakati dalam isu penggunaan nama Allah ialah harus.
"Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )?, .dan (Allah mengetahui) ucapan Muhammad: "Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman." "
(surah Az-Zukhruf,43:87-88)
Sebenarnya orang kafir musyrik ini beriman dengan Allah, akan tetapi yang menjadi masalahnya ialah mereka mensyirikkan Allah. Mereka percaya adanya tuhan tapi mereka menjadikan sesuatu yang lain sekutu bagi Allah. Mereka menganggap berhala sebagai pengantaraan.
"Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar." (surah Az-Zumar,39: 3)
Sejak dahulu kala lagi, membenarkan mereka menggunakan nama Allah adalah betul. Yang salahnya ialah mereka mensyirikkan allah.
m
"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." (surah Al-Hajj,22:40)
Penggunaan nama Allah di jalan yang betul hanyalah Islam, manakala penggunaan nama Allah yang x betul itulah menyebabkan mereka digelar kafir.
"Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: "Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan, dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan"." (surah Yunus,10:41)
"Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka - dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah), dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu." (surah Al-An'am,6:136)
Kita bukanlah mengiktiraf kesyirikan mereka tetapi hanya membenarkan penggunaan Allah untuk tuhan. Sekali lagi ditegaskan bahawa dari sudut hukum ianya dibolehkan.
Berbeza pula dari sudut dakwah, hukumnya haram(menurut UZAR). Dakwah secara umumnya bermaksud mengajak manusia untuk beriman kepada Allah selain mengukuhkan Islam agar tidak dicemari. Di sini lah timbulnya persoalan, adakah penggunaan nama Allah di kalangan bukan islam memberi darurat atau tidak di Malaysia. Jika diperhatikan, gerakan Missionary lebih kuat berbanding Islam, sekaligus mampu mengelirukan umat islam di Malaysia. Berdasarkan aspek ini, hukum harus dari sudut dakwah tadi boleh berubah apabila melihat dari aspek dakwah.
Melihat dari sudut siasah/politik pula, bolehkah kerajaan Malaysia mengharamkan Kristian menggunakan nama Allah? Jawapannya ada, tapi perlu diteliti aktanya yang menghalang perkara-perkara buruk berlaku.
Jika dibolehkan, ia terbuka pula pada ijtihad. Contohnya harus memutuskan satu perjanjian untuk menghalang mereka mengelirukan umat islam, seperti akhbar itu disekat dari diberikan kepada umat islam.
Wallahua'lam. Mungkin ada kekurangan di sana-sini, mohon maaf atas kekhilafan saya.
Sekian.
1 comment:
hanafijaafar likes this post.
Post a Comment